Langsung ke konten utama

SEJARAH NEGERI PAHANG.

Gambar: Pinterest


FB Habidah Nordin - Merupakan sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu.Pahang terletak di pantai timur Semenanjung dan bersempadan dengan Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di sebelah barat dan Terengganu di sebelah utara.Manakala di sebelah timur adalah Laut Melayu Selatan.
Menurut legenda Melayu, nama Pahang berasal daripada sebatang pokok ' mahang ' yang amat besar tumbuh di kuala Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua.Sumber lain menyebut ' Pahang ' dalam bahasa Melayu Khmer yang bermakna ' timah '.Pada masa dahulu, terdapat perlombongan bijih timah di Sungai Lembing.Daripada sumber Arab, China dan Portugis, nama Pahang memang disebut dalam penulisan awal tentang alam nusantara.
Sebelum pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Pahang sudah tersohor kerana kekayaan sumber alam seperti bijih timah, emas, besi dan hasil kayu-kayan.Dengan kekayaan ini, Pahang sering menjadi tumpuan dan rebutan kuasa-kuasa besar di nusantara.Pada abad ke-13, Pahang menjadi negeri naungan Sriwijaya.Setelah kuasa Sriwijaya merosot, Pahang diserap ke dalam empayar Majapahit.Pada pertengahan abad ke-14, kerajaan Ayuthia meluaskan kuasanya ke arah selatan merangkumi Tanah Melayu dan Pahang yang dijadikan negeri naungan kerajaan Siam.Menurut Sejarah Melayu, Pahang di bawah pengaruh Siam, ditadbir oleh Maharaja Dewa Sura.Pemindahan ketuanan berlaku sekali lagi apabila Melaka menakluki Pahang pada tahun 1454.Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, meletakkan Seri Bija Diraja sebagai pemerintah Pahang.Sultan pertama Pahang berketurunan Melaka ialah Raja Muhammad ibni Sultan Mansur Syah.Baginda dihantar ke Pahang kerana membunuh Tun Besar anak Bendahara Tun Perak.Sultan Mansur Syah menitahkan Seri Nara Diraja Tun Tahir dan Seri Bija Diraja pulang ke Melaka untuk menabalkan Raja Muhammad.Setelah ditabal, Sultan Muhammad bersemayam di Tanjung Langgar.
Dengan penemuan batu nisan di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, menunjukkan Islam telah tiba di Pahang sejak abad ke-9.Menurut W.Linehan, pengaruh Islam tersebar di Pahang sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka.Pahang menjadi tumpuan saudagar Arab dan di Pekan, banyak terdapat makam sayid yang menunjukkan Islam sudah sampai di Pahang sebelum abad ke-15.Dengan tertubuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, penyebaran dakwahtul Islam semakin meluas di bumi Pahang.Golongan yang menyebarkan agama Islam termasuklah Tuk Syihabuddin, Tuk Mengkarak dan Nuruddin ar-Raniri.
Keturunan diraja Melaka berterusan memerintah Pahang hingga akhir abad ke-16.Pada masa Perang Tiga Segi yang melibatkan Aceh, Johor dan penjajah kafir katolik Portugis, Aceh menyerang Johor pada tahun 1617.Kemudian Aceh menyerang dan seterusnya menakluki Pahang.Seluruh keluarga kerabat istana diraja Pahang dibawa ke Aceh sebagai tawanan diraja.Pada tahun 1636, Iskandar Thani, putera Pahang, menaiki takhta Aceh selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda.Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta.Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani yang memerintah mulai tahun 1636 hingga tahun 1641, Aceh menjalinkan hubungan baik dengan Pahang.
Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani, pengaruh Aceh di Tanah Melayu termasuk Pahang, merosot.Pengaruh Bugis di istana Johor dari tahun 1720-an hingga tahun 1770-an memberi kesan terhadap Pahang yang juga di bawah taklukan Bugis.Apabila Bugis memindah pusat kuasanya dari Johor ke Riau, kawalan dan pengaruh Bugis ke atas Pahang dan Johor semakin pudar.Ketika Johor ditadbir oleh kerabat wangsa temenggung daripada kerajaan Johor Lama, Pahang diletakkan di bawah pemerintahan Bendahara Tun Abdul Majid.Perjanjian Penjajah Inggeris-Belanda yang dimeterai pada tahun 1824 memperkuatkan lagi kedudukan dan ' kemerdekaan ' ke atas Pahang.Setelah termeterainya perjanjian tersebut ketuanan Bugis ke atas Pahang ditamatkan dengan pemecahan kerajaan Johor-Riau oleh pihak penjajah British dan Belanda dalam agihan wilayah pengaruh masing-masing.Justeru itu, Bendahara Tun Ali yang mulai memerintah pada tahun 1806 hingga tahun 1857 menjadi pemerintah mutlak Pahang.
Selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali, berlakunya perang saudara antara sesama orang Melayu Pahang kerana perebutan takhta antara putera-puteranya iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir.Kemenangan berpihak kepada Wan Ahmad yang menaiki takhta dengan gelaran Bendahara Siwa Raja mulai memerintah pada tahun 1863 hingga tahun 1882.Sebagai langkah untuk menambah perbendaharaan negeri, Bendahara Wan Ahmad memberi konsesi kepada pelabur Cina dan juga Eropah, termasuk Pahang Corporation Limited, Konsortium terbesar British di Pahang.Kebimbangan terhadap kehadiran kuasa Jerman dan Perancis di Pahang, British mula mencari peluang jahat mereka untuk menarik Pahang di bawah naungannya.Dengan pertolongan Maharaja Abu Bakar Johor, British berjaya menyakinkan Bendahara Wan Ahmad tentang kelebihan perlindungan British.Pada tahun 1887, seorang wakil British dilantik dan sebagai balasan, British mengiktiraf Bendahara Wan Ahmad menjadi pemerintah dan memakai gelaran ' Sultan '.Setahun kemudian, Pahang menerima J.P Rodger sebagai Residen British.
Pada tahun 1896, Pahang menganggotai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Di bawah pentadbiran British, ibu negeri Pahang ialah Kuala Lipis.Setelah itu ibu negeri dipindahkan ke Kuantan dan kekal hingga sekarang.Pahang dibahagikan kepada beberapa daerah iaitu Pekan, Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Bentong, Rompin dan Maran.
Sumber : Sejarah Pahang

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...