Langsung ke konten utama

PAHLAWAN DATU LAPU-LAPU DARI FILIPINA

Gambar: londonpe
FB Habidah Nordin - Seorang pahlawan Mindanao yang pertama, pahlawan ini merupakan seorang perwira
hebat
yang menentang penjajahan Sepanyol dan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-16. Pada bulan Mac 1521, seangkatan tiga buah kapal perang Sepanyol tiba di Cebu. Gerombolan perang Sepanyol ini disambut oleh pemerintah Cebu, Humabon atau Hamubon yang telah murtad. Mengikut sumber Sepanyol, Humabon dan beratus pengikutnya telah dipaksa dan berjaya dimurtadkan lalu dikristiankan. Humabon juga bersetuju menerima kehadiran Sepanyol.
Ferdinand Magellan kemudian memaksa dengan kekerasan segala Datu-Datu Muslim yang berkuasa di pulau-pulau yang berhampiran menerima ajaran Kristian Katolik dan ketuanan Sepanyol.Para Datu ini juga dipaksa supaya segala kitab-kitab suci al-Quran dibakar, dan memadam nama-nama Islam serta mesti menerima Humabon sebagai ketua mereka.Tindakan dan kekerasan Sepanyol ini berjaya menakutkan sebahagian Datu di Cebu dan pulau-pulau berhampiran menuruti kemahuan Sepanyol.Segala Datu ini berasa gerun dan takut melihat kezaliman Kristian Sepanyol yang membunuh ramai muslim di pulau-pulau tersebut dengan membakar mereka hidup-hidup.
Walaupun begitu, seorang Datu di Pulau Mactan, yang bersetentangan dengan Pulau Cebu, tidak mahu tunduk pada paksaan penjajah kafir Kristian Sepanyol.Pulau Mactan mempunyai dua orang Datu pemerintah iaitu Datu Zula dan Datu Lapu-Lapu.
Magellan mengambil keputusan untuk menyerang Lapu-Lapu.Ketua armada perang Sepanyol ini bukan sahaja mahu ' mengajar ' Lapu-Lapu kerani berani menolak ajaran Kristian yang dibawanya malah menentang ketuanan Sepanyol, dalam masa yang sama Ferdinand Magellan mahu menjadikan serangan itu sebagai amaran keras kepada Datu-Datu yang lain jika berani bangkit menentang Sepanyol.Magellan juga menolak dengan angkuh tawaran bantuan askar dari Humabon tetapi mempelawa Humabon untuk menyaksikan soldadu-soldadu Sepanyol mengalahkan Lapu-Lapu dan pasukan perang Muslim Mactan.
Pada pagi 26 April 1521, Ferdinand Magellan bersama-sama 800 soldadu-soldadu Sepanyol berlepas ke Pulau Mactan.Humabon dan penduduk Cebu yang telah murtad ikut serta sebagai tetamu.Setelah Lapu-Lapu menolak tawaran terakhir Sepanyol untuk menerima ajaran Kristian Katolik, Magellan bersama-sama 690 soldadu-soldadu Sepanyol mendarat di tepi pantai Pulau Mactan.
Mengikut sumber Sepanyol, pada pagi itu air laut sedang surut dan ini menyebabkan kapal-kapal perang Sepanyol terpaksa berlabuh jauh di tengah laut.Datu Lapu-Lapu dan pasukan perang muslim Mactan telah siap-siaga menunggu di pantai.Pahlawan Lapu-Lapu membahagikan pasukan perangnya kepada tiga bahagian untuk menyerang dari arah kiri, kanan dan hadapan lawan, sebaik sahaja Ferdinand Magellan dan soldadu-soldadu Sepanyol sampai ke pantai.Setiap pasukan muslim Mactan terdiri daripada 300 orang sahaja.Oleh kerana serangan Lapu-Lapu dan pasukannya yang begitu kuat, Magellan memerintahkan soldadu-soldadunya lari ke kapal.Magellan berharap Datu Lapu-Lapu dan pasukan muslim mengejar hingga ke tengah laut dan meriam-meriam di kapal-kapal perang Sepanyol sedia untuk memuntahkan peluru ke arah pasukan pertahanan muslim Mactan.
Namun, disebabkan kebodohan dan keadaan huru-hara baju besi yang dipakai oleh soldadu-soldadu Sepanyol menjadikan pergerakan mereka terhad di dalam air yang sampai ke paras paha.Dalam keadaan perang yang amat sengit ini, Ferdinand Magellan telah berjaya ditetak bertubi-tubi oleh pasukan perang muslim Mactan.Magellan dan 413 orang soldadu Sepanyol telah dapat dibunuh dalam pertempuran tersebut dan yang lain sempat melarikan diri ke tengah laut.Pada esok harinya, atas permintaan soldadu-soldadu Sepanyol yang masih tersisa dan selamat, Humabon menghantar wakilnya berjumpa dengan Datu Lapu-Lapu.Wakilnya itu memberitahu Lapu-Lapu bahawa Sepanyol akan memberi apa sahaja yang diminta asalkan pahlawan itu memulangkan mayat ketua armada perang Sepanyol, Magellan.Tetapi permintaan ini ditolak oleh Datu Lapu-Lapu dengan beraninya pahlawan itu berkata bahawa mayat tersebut akan dijadikan kenangan kemenangan penduduk Pulau Mactan.
Cerita lisan penduduk di pulau ini megatakan pahlawan Lapu-Lapu tidak pulang lagi ke Pulau Mactan setelah belayar ke Makkah untuk mengerjakan rukun haji.
Negara Filipina telah mengangkat pahlawan ini sebagai tokoh pejuang yang menentang penjajahan di negara mereka.
Sumber : Sejarah Tokoh-Tokoh Pahlawan Bajau, Sulu Dan Orang Laut.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...