Langsung ke konten utama

Dan Malayu : Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam

Tidak ramai yang tahu di dalam wilayah Ranong (Rundung), Thailand, terdapat sebuah Batu Tanda yang amat penting kerana menyimpan satu lipatan sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat Melayu dan Siam di zaman silam. Batu Tanda tersebut (sebagaimana gambar di atas) dinamakan sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud sempadan Melayu. Ia merupakan tempat yang paling sempit antara bahagian timur dengan bahagian barat Segenting Kera, iaitu kira-kira 45 kilometer sahaja. Soalannya, bagaimanakah tanda sempadan Melayu ini boleh didirikan ratusan kilometer daripada wilayah sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini?

Jawapannya boleh dirujuk kepada maklumat sejarah di zaman silam. Jika dirujuk kepada sejarah, wilayah Segenting Kera merupakan sebuah kawasan yang amat penting kerana menjadi saksi kepada kemunculan dan perkembangan awal tamadun Melayu menerusi beberapa buah Kerajaan utama seperti Langkasuka dan Sri Wijaya (Sri Wijaya sebenarnya berasal dari tanah Semenanjung, akan diterangkan dalam penulisan yang akan datang). Wilayah ini juga menjadi pertembungan beberapa siri peperangan dan perebutan wilayah antara orang-orang Melayu dengan pendatang T’ai yang berhijrah dari Yunnan, China, secara berterusan iaitu sejak dari era Kerajaan Sukothai, Ayutthaya, hinggalah kepada Dinasti Chakri pada hari ini.

Pencerobohan pertama pendatang T’ai terhadap Segenting Kera bermula pada kurun ke-13 dan 14 dimana gerakan ketenteraan Bangsa T’ai ini telah bertembung dengan tentangan daripada beberapa buah negeri Melayu pasca-Sri Wijaya, termasuklah Grahi (Kra), Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Tammarat), dan Cahaya (Ch’aiya). Pertempuran demi pertempuran telah dicatatkan dalam “Yuan-Shih”, sejarah rasmi bagi Dinasti Yuan di China. Yuan-Shih telah mencatatkan dalam Titah Diraja (Imperial Decree) pada tahun 1295 yang mengarahkan gencatan senjata antara Hsien (Siam) dengan Ma-li-yu-erh (Melayu). Bagi mengecam orang T’ai, titah tersebut menyatakan “Memandangkan kamu Hsien telah menimbulkan peperangan dengan Ma-li-yu-erh selama ini, kini kamu mesti mematuhi titah ini dan berjanji tidak akan mengganggu Ma-li-yu-erh lagi”. Hsien (Siam) telah diharamkan daripada memasuki sempadan alam Melayu yang ditetapkan oleh Maharaja Dinasti Yuan pada garisan Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok pada masa sekarang.




Kejatuhan Kerajaan Sukothai dan digantikan dengan Kerajaan Ayutthaya terus membawa bencana apabila dasar perluasan kuasa terhadap Segenting Kra diteruskan oleh Raja-raja Ayutthaya. Antara Raja-raja Ayutthaya yang agresif membuat serangan terhadap negeri-negeri Melayu di Segenting Kra ialah Ramadhiraja, Naresuan, Maha Chakrapat, Prasat Thong, Narai dan Petra Raja. Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam semasa era Ayutthaya ini sudah tentu mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya 1548-68). Dan diteruskan dengan peperangan antara Raja Ungu binti almarhum Sultan Mansur Syah (watak utama dalam filem Queen of Langkasuka) dengan Raja Prasat Thong. Ketika inilah meriam terbesar di Nusantara iaitu Sri Negara, Sri Patani dan Mahalela dibuat yang berakhir dengan kemenangan di pihak Melayu menewaskan armada Siam.






Akhirnya, kejatuhan Kerajaan Ayutthaya dan naiknya Raja Thaksin dan diikuti oleh Dinasti Chakri membawa petaka yang paling besar apabila satu demi satu negeri-negeri Melayu di Segenting Kera jatuh ke tangan Siam. Negeri terakhir yang jatuh ke tangan Siam adalah Patani yang dianggap sebagai kejayaan yang maha gemilang berdasarkan kepada tentangan hebat yang diterima oleh pihak Siam daripada negeri tersebut selama ini. Pertembungan antara Melayu dengan Siam berakhir pada tahun 1909 menerusi perjanjian berat sebelah yang hanya melibatkan pihak British dan Siam menerusi Anglo-Siamese Treaty yang membahagi-bahagikan semananjung Tanah Melayu sesuka hati mereka seumpama memotong-motong kek harijadi. Masyarakat Melayu-Patani di selatan daerah Legeh dan Reman bernasib baik apabila wilayah mereka dimasukkan sebagai sebahagian daripada Negeri Perak dan kini dikenali sebagai daerah Hulu Perak. Namun, malang bagi nasib masyarakat Melayu-Kelantan di daerah Tabal (Tak Bai) apabila mereka kini termasuk ke dalam wilayah Narathiwat, Thailand.




Semenanjung Tanah Melayu terus mengecut apabila pada tahun 1965, akibat daripada kesilapan sendiri, pulau Singapura diserahkan untuk diperintah oleh puak Ultra-Kiasu menerusi pemerintahan Republik yang bersifat autokratik sehingga ke hari ini. Justeru itu, jika para pembaca ada melalui sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini menerusi Bukit Kayu Hitam ataupun Sungai Golok, ingatlah sesungguhnya sempadan wilayah milik kita sebenarnya menganjur jauh hingga ke utara Segenting Kra pada masa dahulu.










Rujukan :

1) Kijang Mas Perkasa “Patani : Behind the Accidental Border”

2) Abdul Razak Mahmud (2005) “Ikhtisar Sejarah Kelantan” Pustaka Aman Press

Disalin dari: Ibnu Rusydi 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...