Langsung ke konten utama

Hal Ihwal Kemerdekaan Malaysia

 

Gambar Ilustrasi: grid

Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu

Pada 18 Januari 1956.
Satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di Lancaster House, London. Persidangan Meja Bulat ini dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British.
Persidangan yang berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang mengambil masa selama 3 minggu membincangkan masalah-masalah seperti :-
- Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’.
- Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu,
- Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.

Wakil Persidangan Malaya Merdeka
Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri dari :
Wakil-wakil dari Raja-Raja Melayu pula terdiri dari :
2. Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan),
3. Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor),
4. Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor).

Perjanjian London.
Hasil daripada Persidangan Malaya Merdeka tersebut, Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London.
Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British.
Selain daripada perwakilan daripada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah :
Mr. John Hore, Menteri Negara;
1. Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu;
2. Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu;
3. Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.

Butiran Rundingan.

Beberapa perkara penting telah dipersetujui di dalam rundingan tersebut iaitu: -
-Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
-Institusi raja berpelembagaan dikekalkan.
-Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri diteruskan.
-Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan merdeka.
-Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu.
-Satu perjanjian dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan Tanah Melayu dan juga menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.

Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan

Pada 20 Februari 1956, Rombongan Merdeka telah selamat kembali ke Tanah Melayu. Kepulangan mereka telah disambut dengan meriah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang telah diadakan Padang Merdeka, Banda Hilir di Melaka. Tunku Abdul Rahman Putra kemudiannya telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Susulan daripada itu juga pada 21 Mac 1956, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sumber : Arkib Negara Malaysia & 446



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...