Langsung ke konten utama

Melayu Jati, Dagang, & Peranakan di Semananjung

Ilustrasi Gambar: mitaoktavia

 Disalin dari kiriman FB Sarah Zakaria

KAMU MELAYU JATI, DAGANG ATAU PERANAKAN?
Ramai dari kalangan muda sekarang tak tahu pun siapa itu Melayu. Ada juga terutamanya dari golongan bandar menganggap perjuangan Melayu itu rasis.. Hei, kamu yang bersifat rasis.
Melayu adalah asimilasi pelbagai bangsa dan suku dari Alam Melayu [tuan boleh guna kata 'nusantara'], asia, asia tengah, eropah yang beragama Islam.[1]
Tiada kasta. Kumpulan di bawah ini hanya untuk bagaimana kita mengenal diri kita dan memahami siapa itu Melayu. Kajian mendapati Melayu Jati Kelantan telah wujud lebih 60,000 tahun yang lalu di sini.
Sesiapa yang menidakkan dan mempersoal hak pribumi ke atas agamanya, bahasanya, tulisan, tamadun, budaya dan warisan di kampung halaman sendiri sesungguhnya tidak berdiri atas nama kemanusiaan, sebaliknya berdiri atas sifat kebinatangan. Usah menidakkan hak Melayu yangg lebih separuh dari populasi Malaysia.
Dalam Al-Quran juga tertulis untuk kita pertahankan kampung halaman kita. Sesungguhnya perjuangan Melayu itu adalah perjuangan berlandaskan Islam, dalam bentuk penyatuan yang besar. Bezakan dengan perjuangan politik. Biar lain pendapat politik, tetapi perjuangan Melayu dan Islam jangan dipisahkan.
Kenali diri kita, Indonesia juga adalah saudara serumpun kita. Jangan kita panggil dengan gelaran 'Indon' walau niat bukan untuk mengejek.
Gambar seniman klasik Melayu ini adalah contoh untuk generasi Melayu muda lebih faham tentang bangsa sendiri.
Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-
ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
Orang Melayu Kedah
Orang Melayu Beruas
Orang Melayu Manjung
Orang Melayu Grik
Orang Kelang
Orang Melayu Melaka
Orang Melayu Kelantan
Orang Melayu Terengganu Pantai
Orang Melayu Ulu Terengganu
Orang Melayu Bentong
Orang Melayu Lipis
Orang Melayu Temerloh
Orang Melayu Johor
Orang Melayu Brunei
Orang Melayu Kedayan
Orang Melayu Cocos
Orang Melayu Sarawak
ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan yang sekarang bernama Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
Aceh
Ambon
Banjar
Batak (tidak termasuk Mandailing)
Bawean (Boyan)
Bugis
Cham
Jawa
Kerinci
Mandailing (dianggap sebagai )
Melayu
Melayu Asahan (Batubara).
Melayu Bengkulu.
Melayu Deli.
Melayu Jambi
Melayu Palembang.
Melayu Patani
Melayu Riau
Melayu Siak
Minangkabau
Nias
Ocu (Kampar)
Rao (Rawa)
Utsul
PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
Peranakan Parsi
Peranakan Arab
Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
Peranakan Cina
Peranakan Turki
Peranakan Siam / Samsam
Peranakan Eropah
Kredit: Melayu
-HE-
The Patriots

==================

Catatan Kaki oleh Admin:

[1] Orang Melayu itu ialah semua orang Islam beradat resam Melayu. Di Minangkabau tambah satu lagi syaratnya; mengisi adat, diterima sebagai anak kamanakan, diberi suku, dan mamak bagi yang ibunya bukan dari Minang. Inti dari Melayu itu ialah Ukhwah Islamiyah bukan darah (kode DNA). Tatkala orang Melayu menerima Islam maka segala azaz kehidupan mereka didasarkan kepada hukum Syari'at. Oleh karena itu setiap puak Melayu menganut falsafah yang sama yakni: Adat Bersendi Syara' - Syara' Bersendi Kitabullah, selengkapnya silahkan baca; Hakikat Melayu


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...