Langsung ke konten utama

Freemanson di Tanah Semenanjung

Gambar Ilustrasi: utusan

Disalin dari kiriman FB Mohamad Hakimi

AGENDA SULIT DITANAH MELAYU
Sesungguhnya Freemason & Illuminati telah lama bertapak di Malaysia, semenjak ratusan tahun lagi.
Mereka membawa agenda dan jarum jarum halus untuk menjadikan mereka pertubuhan yang mengawal dunia. Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis, Dajjal (a.k.a. Anti Christ) telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam ‘inner circle’ supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur Jauh.
Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal dan tentera menuju ke Tanah Melayu.
Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau, kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.
Belanda juga menyerah kalah di Melaka. Memang aneh, walaupun Belanda berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di ‘Semenanjung Emas’ yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.
Mereka pernah berkali-kali cuba bertapak di Perak pada peringkat awalnya, tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri bagi yang tidak mengetahuinya (maaf… saya tiada kebenaran untuk bercerita lebih tentang hal ini).
Tetapi "The Hidden Hand" tidak mudah berputus asa. Kalau Portugis dan Belanda tidak berjaya pun tidak mengapa. Mereka masih boleh berharap dengan menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.
Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.

MENGAPA KAUM CINA DAN KAUM INDIA ?

Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati "Ordo Ab Chao" iaitu "Divide and Rule" atau "Pecah dan Perintah".
Ringkasan Penjajahan-Penjajahan di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Semakin lama semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.
Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil ‘secret societies’ Cina yang menganut fahaman Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsigelap bagi orang-orang Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai, mereka dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap dan ketika inilah masanya untuk bermain api.
Perebutan kawasan perlombongan bijih cuma merupakan sebahagian taktik sahaja.
Contoh yang
terbaik
ialah di Perak, negeri yang pertama menerima Residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak.
Taktik ini juga digunakan di kesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...