Langsung ke konten utama

SEBAB APA DATO MEOR TAK MENGAKU KALAHKAN BRUCE LEE DULU?

 

Ilustrasi Foto: Odisimy

Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu
Dalam sebuah dokumentari berjudul 'Pusaka Kita Maruah Kita', salah seorang saksi yang masih hidup dan pernah mendengar kisah ini secara langsung dari mulut Dato Meor Abdul Rahman menceritakan detik-detik pertarungan di lapangan terbang itu.
Ia terjadi ketika Dato Meor dalam perjalanan ke Jepun. Sewaktu beliau transit di Hong Kong, iaitu 45 minit sebelum meneruskan penerbangan, tiga orang lelaki telah datang menemui beliau di sebuah Coffee House. Salah seorang daripada lelaki itu mengenakan jubah China. Lelaki itu bertanya kepada Dato Meor, "Betulkah kamu ini (ahli) seni mempertahankan diri orang Melayu yang paling
hebat
?"

Dato Meor membalas, "Ya, saya." Jawapan Dato Meor ini diberikan kerana beliau menganggap sebagai orang Melayu, beliau perlu menjaga maruah bangsa.
Disebabkan lokasi yang tidak sesuai ketika itu, maka Dato Meor meminta supaya pihak Bruce Lee memilih tarikh dan lokasi yang lebih sesuai. Selain itu, Dato Meor juga telah meminta supaya pihak Bruce Lee menandatangani surat perjanjian agar kedua-dua pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Menurut Dato Meor, dalam sedang dia bercakap ketika itu, Bruce Lee telah menghayunkan tendangannya. Waris kepada Dato Meor berkata kelajuan pergerakan itu ibarat sekelip mata. Gambaran yang sama juga diberikan oleh seorang saksi yang mendengar kisah ini dari Dato Meor. Kata beliau, tendangan Bruce Lee itu tidak terkira walaupun dalam sesaat. Namun, Dato Meor menegaskan Silat Gayong memiliki kehebatan tersendiri.
Setelah Bruce Lee melakukan tendangan itu, Dato Meor berjaya menepis semua serangannya. Pertarungan ini berakhir dalam waktu tidak sampai seminit apabila Dato Meor menumbuk bahagian pinggang kiri Bruce Lee. Akibat tumbukan 'Kipas Nanduung' Dato Meor itu, Bruce Lee terpaksa dipapah oleh dua orang pengiringnya pergi.
Dua minggu selepas pertarungan itu, dunia dikejutkan dengan kematian Bruce Lee.
Kisah ini adalah kisah benar. Namun, telah dinafikan oleh golongan skeptikal Melayu. Antara persoalan yang dibangkitkan adalah;
✓ Jika pertarungan itu benar-benar berlaku di lapangan terbang seperti yang dikatakan, mengapa tidak ada rakaman CCTV hingga ke hari ini? Sedangkan HK sudah memiliki teknologi itu?
✓ Pertarungan ini melibatkan seorang Raja Kung fu dan bintang Hollywood terkemuka dengan seorang lelaki Melayu Muslim yang kurang dikenali di peringkat antarabangsa. Apakah anda terlalu bebal untuk percaya kerajaan British (yang menguasai HK ketika itu) dan ahli perniagaan seperti penerbit filem dari Hong Kong dan Hollywood akan biarkan jenama Bruce Lee tercalar? Apa akan terjadi pada legasi Bruce Lee dan imej Kung fu di mata dunia? Lebih buruk lagi, apa akan terjadi pada industri filem Hong Kong yang seperti kita tahu berjaya menguasai dunia selama beberapa dekad selepas pertarungan tersebut?
✓ Lagipun, sudah tentulah keluarga, sahabat dan krew Bruce Lee sendiri tidak mahu mendedahkan hal yang sebenar kerana kekalahan itu akan mencalarkan maruah.
✓ Pihak Bruce Lee sendiri tidak memiliki bukti bahawa kematian itu disebabkan kecederaan ketika pertarungan dengan Dato Meor. Sebarang tuntutan bukan sahaja akan memalukan pihak Bruce Lee sendiri, bahkan tidak akan membuahkan hasil.
✓ Berdasarkan cerita di atas, pihak Bruce Lee sebenarnya yang menimbulkan provokasi. Sekiranya pertarungan itu di bawa ke mahkamah, pihak Bruce Lee yang mungkin dipersalahkan.
Jadi tindakan
terbaik
dalam kes ini adalah dengan menguburkan kisahnya.
Tahukah anda ketika Dato Meor ditanya wartawan mengapa beliau berdiam diri ketika timbul banyak dakwaan yang mengatakan kematian Bruce Lee itu disebabkan pertarung lain, Dato Meor menjawab, "Adakah kita harus memberitahu kita telah membunuh orang?" Dan ketika beliau ditanya pula, "Mengapa sekarang dia mengakui hal itu?" Dato Meor membalas, "Sekarang saya dah tua."


Baca juga:

Kisah Bruce Lee dikalahkan Datuk Meor ialah tidak benar


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...