Langsung ke konten utama

ASAL-USUL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Gambar: firtychrysant

Disalin dari kiriman FB Ibnu Kamal Aliff


Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri beradat yang mengamalkan Adat Perpatih. Namun, tahukah anda maksud perkataan Darul Khusus dan asal-usul nama itu diberikan?
Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin berkata, Darul Khusus bermaksud sebuah negeri istimewa dan
hebat
dalam sesuatu tamadun yang besar dan tinggi, khususnya dalam konteks Islam dan adat.
Katanya, penggunaan Darul Khusus bermula sejak zaman pemerintahan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang juga Yamtuan Negeri Sembilan kelapan. “Darul Khusus digunakan kerana bagi almarhum, Negeri Sembilan sangat istimewa tamadunnya khususnya dari segi syarak dan adat seperti Perpatih.
“Almarhum juga berperanan menggerakkan amalan tasauf dan suluk di negeri ini terutama di Seri Menanti melalui pintu masuk di Senaling hingga ke dalam istana.
“Malah, almarhum sering mengundang ulama ke istana. Perkembangan syarak begitu pesat hingga Senaling ke Seri Menanti dianggap lubuk untuk orang belajar agama terutama bidang tasauf dan suluk,” katanya.
Dr Mohd Rosli berkata, pengkhususan dan kehebatan negeri ini dalam bidang agama berjaya melahirkan beberapa tokoh guru terkenal. “Ini termasuk Lebai Maadah Layang, Tuan Guru Haji Majid, Ustaz Jani, Ustaz Hasim Ghani, Tuan Haji Ahmad Rembang Panas, Tuan Haji Ujang dan Tuan Haji Tahir.
“Pada ketika itu wujud kepemimpinan Tuanku Besar Burhanuddin yang begitu berminat khususnya dengan syarak dan akhirnya perkara ini berkembang pesat di Seri Menanti. Perbahasan berkenaan syarak juga begitu sihat dan berkembang pesat dan berjaya membentuk masyarakat yang kuat berpegang pada agama. Syarak dikiaskan seperti sebatang pokok yang berdiri teguh dan mempunyai urat tunjang, dahan, ranting, daun dan akhir sekali pucuk.
“Ini yang menjadikannya
hebat
Kehebatan ini wujud pada zaman almarhum hingga dipandang tinggi,” katanya ketika ditemui di Kuala Kelawang.
Menurut Dr Mohd Rosli, perkataan Sembilan mempunyai maksud dan ertinya tersendiri.
“Bagi almarhum, sembilan itu membawa maksud sembilan wali, sembilan pancaindera, sembilan kedudukan, sembilan kawasan, sembilan keturunan dan sembilan raja. Paling khusus lagi pada ketika itu amalan Adat Perpatih yang bertunjangkan syarak begitu teguh. Adat dan syarak saling kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain,” katanya.
Menurut Dr Mohd Rosli, kehebatan almarhum ketika itu khususnya di bidang agama mendorong Majlis Raja-Raja Melayu bermuafakat melantiknya sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 5:17 am 



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...