Langsung ke konten utama

PULAU PINANG BUKAN MILIK SIAM

Gambar: Jawapos

Disalin dari kiriman FB Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah

PULAU PINANG BUKAN MILIK SIAM
Isu Kedah dan Pulau Pinang merupakan satu polemik yang panjang dan perlu segera diselesaikan. Sejarah hubungan antara kedua-duanya juga mempunyai beberapa fasa yang harus di fahami oleh masyarakat. Penelitian terhadap rekod-rekod sejarah sedia ada amat penting dalam melihat hal ini.
Dari aspek yang lain, sejarah hubungan Kedah-Pulau Pinang tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh mana-mana ahli sejarah sebelum tahun 2020. Ini beerti sejak pendudukan British di Pulau Pinang secara rasminya pada tahun 1791 sehinggalah Malaya merdeka dan hinggalah ke tahun 2020 itu, keabsahan fakta sejarah bahawa Pulau Pinang adalah sebuah wilayah milik Kedah belum pernah di cabar.
Akibatnya, generasi hari ini khususnya orang Melayu, menganggap bahawa Pulau Pinang termasuklah Seberang Perai adalah sebuah negeri yang tidak mempunyai perkaitan dengan Kedah, sedangkan dari segi sosio budayanya, masyarakat Pulau Pinang adalah sama dengan masyarakat Kedah.
Namun kejayaan British memisahkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri koloni England, telah menghapuskan kepercayaan masyarakat umum bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Sultan Kedah.
Sementelahan itu, timbul persoalan adakah Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Siam, seperti telah di dakwa oleh beberapa tokoh bukan Melayu?. Sejauh mana kesahihan fakta tersebut boleh di cabar?.
Sebenarnya, pajakan Pulau Pinang sememangnya tidak berlaku pada tahun 1786. Namun pada tahun 1791, pihak Inggeris telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi, melalui sebuah perjanjian. Walaupun demikian, ‘perjanjian’ itu diragui pelbagai pihak kerana Francis Light bukanlah wakil bagi kerajaan Britain, sedangkan dipihak Kedah perjanjian itu hanya ditandatangani oleh 3 orang wakil yang didakwa sebagai wakil Sultan Kedah.
Di samping itu, perjanjian itu juga tidak meletakkan ‘tempoh’ seperti lazimnya perjanjian pajakan.
Berikutnya, Light dipercayai telah ‘merampas’ Pulau Pinang ketika angkatan perang Kedah sedang berada di Chenak, menanti kedatangan tentera Siam yang sedang menyerang negeri Patani. Peristiwa ini memberikan peluang mudah kepada Light untuk datang dan menaikkan bendera Union Jack.
Pendudukan haram Light ini mendapat reaksi negatif daripada pihak Kedah dan Siam tetapi yang lebih marah sudah tentulah Kedah kerana selama ini tidak menyangka bahawa Light akan bertindak sedemikian sedangkan beliau mempunyai hubungan yang begitu baik dengan istana Kedah.
Merujuk kepada penulisan orientalis Malaya, kerajaan Siam turut memberikan reaksi negatif kepada pendudukan Light di Pulau Pinang tetapi reaksi tersebut lebih menjurus kepada perluasan pengaruh British di rantau Asia Tenggara.
Sementelahan British sejak tahun 1740an lagi telah cuba mendapatkan pajakan Pulau Salang daripada pihak Siam. Didapati selama ini kata-kata pihak orientalis ini tidak benar!
Sebenarnya, dalam mana-mana rekod British, Siam tidak pernah mengakui Pulau Pinang adalah milik mereka kerana pihak Siam sedar bahawa wilayah Trang hinggalah Kerian adalah milik Kedah, yakni di bawah kuasa pentadbiran kerajaan Kedah.
Pihak Siam juga mengakui adalah satu perbuatan yang sia-sia untuk menyerang Pulau Pinang yang berada jauh ke selatan kerana dalam masa sama Kerajaan Chakri sedang berperang di wilayah sempadan Burma sehinggalah tahun 1815.
Dalam masa yang sama pihak Siam sedar kemaraan kuasa Eropah ke Asia Tenggara tidak dapat di halang lagi usai kejayaan mereka untuk masuk berdagang di Negeri China sejak tahun 1787 lagi. Oleh kerana itu tidak pernah ada percubaan oleh Siam untuk menyerang kedudukan British di Pulau Pinang mahupun Kedah sepanjang tahun 1786-1791.
Pada tahun 1798 Sultan Abdullah II mangkat dan berlaku krisis dalam istana Kedah. Krisis itu akhirnya membawa kepada pajakan Seberang Perai pada tahun 1802. Sehingga ke masa tersebut iaitu dari 1791-1802, pihak Siam tidak pernah membuat sebarang bantahan malah hampir semua rekod-rekod British hanya tertumpu kepada kawasan Tennaserim, Burma.
Ketika Perjanjian 1802 dimeterai oleh Sultan Dhiaudin II (SDII), Tunku Pangeran (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Ahmad Tajuddin II (SAT II) berada di Ligor dan Bangkok bagi memohon pihak Siam untuk campur tangan dalam krisis politik Kedah. Pada masa itu, dalam surat menyurat atau catatan Siam langsung tidak menyebut tentang Pulau Pinang.
Sejak itu, wang bayaran "pajakan" Pulau Pinang yang bernilai $10 ribu dollar Sepanyol tidak dibayar kepada SDII, tetapi dibayar kepada SAT II. Wang tersebut diterima oleh SAT II sehinggalah tahun 1817. Wang pajakan pada tahun 1818 tidak di bayar kerana serangan Kedah ke atas Perak.
Pada tahun 1821, Kedah diserang oleh Ligor termasuklah semua wilayah Kedah kecuali Pulau Pinang. Pulau Pinang kekal sebagai tanah pajakan kepada Kedah memandangkan SATII masih hidup dan berada di dalam lindungan British. Dalam surat-surat Burney (Burney Papers) jelas menyebut bahawa pada tahun 1822 Phya Sina Nunchit cuba untuk mendapatkan wang pajakan tersebut daripada British dengan alasan bahawa beliau adalah ‘Raja Kedah’ namun begitu permintaan tersebut tidak di layan oleh British. Jelaslah bahawa pada masa itu British mengakui pertuanan Sultan Kedah ke atas Pulau Pinang.
Sehingga tahun 1869, khususnya dalam Perjanjian Inggeris-Siam, yang turut dikenali sebagai Perjanjian Knox-Siam, pihak Siam mengakui bahawa Pulau Pinang dan Seberang Perai di duduki oleh British dan wang pajakan akan terus kekal dibayar kepada Sultan Kedah. Ini bererti bahawa pihak Siam mengakui bahawa Pulau Pinang adalah hak milik kerajaan Kedah ketika itu.
Secara mudahnya, Siam tidak pernah mengakui pertuanannya ke atas Pulau Pinang. Siam hanya mengakui Kedah adalah negeri naungannya tetapi Rama III dan IV tidak pernah menghantar wakilnya untuk memerintah Kedah seperti mana di negeri-negeri lain di kawasan Segenting Kra dan hal ini selesai apabila Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani, apabila Kedah diletakkan dalam kawalan British (indirect rule).
Mohd Herman Bin Roslan

Exco Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. 


Baca juga:

Sejarah Pulau Pinang Malaysia


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...