Langsung ke konten utama

Perang Melaka-Pasai

Foto: kompas

Disalin dari kiriman FB Seri Cendikiawan

Perang Melaka-Pasai berlaku antara tahun 1468M-1474M iaitu semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III Pasai yang memerintah dari tahun 1468M-1474M. Sultan Melaka pada waktu ini ialah Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456M-1477M.
Perang Melaka-Pasai berlaku kerana Melaka cuba menolong membantu merampas kembali takhta Sultan Zainal Abidin III yang disingkirkan dalam perang saudara sebelum ini.
Melaka telah menghantar Bendahara Paduka Raja Tun Perak ( 1456M-1498M ) sebagai ketua panglima dan juga beberapa orang hulubalang terkemuka Melaka seperti Tun Pikrama, Laksamana, Seri Bija Diraja, Tun Telanai, Seri Agar Diraja, Tun Bijaya Mahamenteri, Sang Naya, Sang Setia, Sang Guna, Tun Bija Sura, Sang Jaya Pikrama, Aria Diraja, Sang Rana, Sang Sura Pahlawan, Raja Pahlawan dan Raja Dewa Pahlawan beserta dengan kekuatan 2 laksa tentera Melaka.
Selepas sampai di Pasai, berlakulah perang yang sengit antara 2 laksa tentera Melaka melawan 12 laksa tentera Raja Muda Pasai yang mempunyai pelbagai kelengkapan perang.
Strategi Melaka sangat mudah iaitu Melaka membina kubu pertahanan di sepanjang pantai dengan tujuan memudahkan mereka melarikan diri jika kalah perang dengan Pasai.
Ini sangat logik kerana berbekalkan kekuatan 20,000 orang tentera agak sukar untuk Melaka menewaskan Pasai yang memiliki 120,000 personel tentera. Walaupun memiliki angkatan perang yang jauh lebih kecil namun angkatan tentera Melaka kebanyakannya memiliki kemahiran memanah yang agak tinggi buktinya apabila tentera Pasai gagal menerobos kubu pertahanan yang dibina Melaka disebabkan hujan anak panah dari pihak Melaka.
Semangat angkatan perang Melaka telah bertambah apabila Bendahara Tun Perak sudi makan bersama dengan mereka yang beralaskan daun pisang.
Dalam perang ini, pasukan Melaka telah mencatatkan kemenangan keatas Pasai. Walaupun kisah ini disebutkan dalam Sejarah Melayu, sebenarnya kisah ini masih samar-samar lagi kerana kurangnya rujukan yang wujud daripada sumber yang lain.
Mengikut kisah yang masyhur, Sultan Zainal Abidin III telah turun takhta selepas kalah perang dengan sepupunya sendiri iaitu Sultan Muhammad Shah II yang memerintah dari tahun 1474M-1495M.
Perang Tamadun Melayu. Patriot Publishing.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...