Langsung ke konten utama

Tatkala Johor dalam Sengketa

Sumber: mahamerubukitsiguntang

Disalin dari kiriman FB Seri Cendikiawan

Walaupun Empayar Johor sudah bertukar Sultan selepas kemangkatan Sultan Mahmud III pada tahun 1812, namun Bendahara Johor iaitu Bendahara Tun Ali masih menggunakan stempel yang tertulis "Al Wakil As Sultan Mahmud Shah, Dato Bendahara Siwa Raja Ibni Bendahara Paduka Raja " sehingga tahun 1857 iaitu tahun kewafatannya..
Ini kerana beliau sangat kecewa kerana dipinggirkan dalam istiadat Melayu apabila Bugis dibawah Yam Tuan Jaafar dengan sewenang-wenangnya melantik Sultan Abdul Rahman tanpa perbincangan dengan pembesar Melayu.
Lebih sadis apabila Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga itu hanya dijadikan seperti boneka oleh Yam Tuan Muda Jaafar yang bersemayam di Riau..
Orang kuatnya diletakkan di sekeliling Sultan seperti Engku Sayid Muhammad Zain, Suliwatang Ibrahim, Syahbandar Muhammad, Encik Abdul Manan dll... Mereka ini akan melaporkan terus apa yang berlaku di Lingga kepada Riau..
Kedua2 kali pertabalan Sultan Abdul Rahman tidak dihadiri oleh Bendahara kerana perasaan kecewa beliau walaupun beliau turut memberi sokongan secara berat hati begitu juga dengan Temenggung Abdul Rahman di Singapura..
Pada awal pertabalan Sultan Abdul Rahman yang membelakangkan adat Melayu, Bendahara Tun Ali telah mempersiapkan tentera di Bulang untuk menyerang Yam Tuan Muda Jaafar namun dihalang oleh British selepas diminta oleh Yam Tuan Muda Jaafar..
Sebab kecewa dan patah hati itulah, Bendahara Johor masih menggunakan Stempel sejak zaman Sultan Mahmud..
Sedangkan pertabalan Sultan Husin oleh British langsung tidak disokong oleh Bendahara kerana sangat jelas bertentangan dengan adat Melayu.. Sebab itulah Sultan Husin tidak boleh diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah...

Sultan Abdul Rahman pun terpaksa ditabalkan sekali lagi pada tahun 1823 dengan istiadat Melayu termasuk alat kebesaran diraja selepas Raja Hamidah terpaksa menyerahkan alat kebesaran diraja kerana diambil paksa oleh Belanda. 



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...