Langsung ke konten utama

Utimuraja: Sang Pengkhianat Malaka

 

Gambar Ilustrasi: Trip advisor

UTIMURAJA - SANG OPORTUNIS DI MELAKA
Oleh : Abdullah Sidek
Kesultanan Melaka yang makmur itu akhirnya jatuh disebabkan oleh seribu satu jenis pengkhianatan yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Jika Melaka ada 100,000 orang tentera sekalipun pada waktu itu, Melaka tetap akan jatuh tersungkur juga dek maha dahsyatnya pengkhianatan yang dilakukan antaranya oleh Utimuraja, Nina Chatu, pedagang Cina, pedagang India bahkan dalam kalangan pembesar yang iri hati.
Malangnya pengkhianatan-pengkhianatan mereka ini telah dicatatkan dengan cukup baik oleh Portugis. Ya, mungkin Portugis menulisnya sebagai diari tetapi bagi masyarakat Melayu, yang ditulis oleh Portugis itu ialah pengkhianatan tahap VVIP terhadap sebuah kerajaan yang makmur di dunia pada waktu itu.
Mengenai kemakmuran Melaka itu tidaklah perlu diperdebatkan kerana ia merupakan perkara yang nyata. Kalau masih tidak berpuas hati saya sarankan anda membaca buku yang ditulis oleh Tuan Hasanuddin Yusof dan Tun Suzana yang bertajuk Rahsia Penaklukan Melaka 1511, di dalam buku ini banyak menukilkan catatan-catatan Portugis mengenai keagungan Melaka.
Bila penjajah sendiri memuji kita, itu bermakna apa yang kita miliki itu benar-benar mengagumkan mereka kerana sifat semulajadi manusia ini kalau sudah benci hanya bercakap perkara buruk sahaja tetapi jika benci tapi masih bercakap perkara yang baik itu bermakna kita sudah berjaya menjadikan mereka kagum dengan apa kita yang kita ada.
Namun segala kemakmuran yang pernah dicapai oleh Melaka itu telah musnah dalam masa sekelip mata sahaja dek kerana pengkhianatan Utimuraja. Kerana saya fokus kepada Utimuraja? tidak lain tidak bukan disebabkan kerana pengkhianatan Utimuraja ini bagi saya merupakan pengkhianatan yang terbesar.
Utimuraja merupakan orang kepercayaan Sultan Mahmud dan juga Sultan Ahmad. Tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk melakukan pengkhianatan. Keduanya Utimuraja ini merupakan orang yang cukup berkuasa. Selain menjadi penghulu kepada orang Jawa di Upeh, Utimuraja juga merupakan orang kedua paling berkuasa di Melaka secara realitinya selepas Sultan. Masakan tidak berkuasa, Utimuraja ini mempunyai seramai 6000 orang hamba dan jika dikira semua abdinya di laut dan di darat boleh mencecah 10,000 orang.
Penduduk Melaka pada waktu itu sekitar lebih kurang 90,000-100,000 orang. Ini bermakna Utimuraja sudah menguasai 1/10 daripada manusia yang ada di Melaka pada waktu itu. Daripada 100,000 penduduk itu pula, hanya beberapa kerat sahaja yang merupakan penduduk tempatan.
Apabila Portugis menyerang Melaka, Utimuraja telah menggunakan kuasanya sebagai penghulu untuk menghasut orang-orang Jawa di Upeh supaya tidak membantu Melaka. Walaupun dia menjadi kaya kerana Melaka namun dia tetap mahu membantu penjajah Portugis. Entah hasad dengki apa yang ada dalam dirinya tidaklah diketahui.
Pada waktu itu pula, orang-orang Jawa ramai yang menjadi askar upahan Melaka. Tidak mustahil Utimuraja turut menghasut askar-askar Jawa ini supaya berpaling tadah. Ada pengkaji sejarah berpendapat, kebanyakan askar Jawa ini tidak menumpahkan taat setia kepada Melaka disebabkan Melaka ini bukanlah tanah air mereka. Pada saya pendapat ini boleh diterima terutamanya jika ada penghasut yang mencucuk jarum kepada tentera-tentera upahan Jawa ini.
Dan jika benar ada penghasut ini, maka tidak lain tidak bukan penghasutnya tentulah Utimuraja.
Utimuraja merupakan oportunis iaitu orang yang suka mengambil kesempatan berdasarkan keadaan tertentu demi kepentingan peribadi. Sebab itulah dia rela berpakat dengan Portugis untuk menjatuhkan Melaka. Samada Portugis yang mencari Utimuraja atau Utimuraja yang mencari Portugis dahulu tidaklah diketahui tetapi yang pasti Portugis telah menjamin keselamatan diri dan harta Utimuraja.
Selepas kejatuhan Melaka, Portugis terus mengekalkan sistem pentadbiran Melaka. Utimuraja ini dikatakan telah dilantik sebagai Bendahara yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa sebagai bendahara pun. Namun lama-kelamaan, Utimuraja merasakan bahawa dia sudah tiada kebebasan di bawah pentadbiran Portugis.
Dia sering diintip oleh Portugis kerana Alfonso sendiri sebenarnya tidak percaya dengannya. Sehinggalah suatu hari, Utimuraja akhirnya kantoi telah berhubung dengan Sultan Mahmud untuk mengusir Portugis dari Melaka. Selepas konspirasi tersebut terbongkar, Utimuraja akhirnya telah dijatuhi hukuman mati.
Pada pandangan peribadi saya, pengkhianatan Utimuraja ini merupakan asbab utama kejatuhan Melaka. Jika rahsia Melaka terdedah sekalipun itu belum tentu akan menjadi punca kejatuhan Melaka JIKA Utimuraja menggerakkan semua hambanya dan meminta orang-orang Jawa yang berada di Melaka pada waktu itu bersatu menentang Portugis. Malangnya selepas Portugis menyerang, hanya orang Islam sahaja yang mempertahankannya. Yang lain semuanya lari menyelamatkan diri.
Orang Cina pula siap membantu Portugis dengan meminjamkan jong mereka supaya senang askar Portugis mendarat di Pantai Melaka. Alasan mereka membantu Portugis hanyalah kerana merasakan Melaka telah memberikan layanan yang buruk kepada mereka. Nina Chitu pula, sibuk membantu banduan Portugis mendedahkan kekuatan dan kelemahan Melaka. Akhirnya, yang dikendong tak dapat, yang dikejar keciciran. Melaka daripada sebuah pelabuhan yang sibuk akhirnya secara perlahan-lahan hilang fungsinya. Jadi apa guna anda mengkhianati Melaka?.
Terima kasih saya ucapkan kepada yang mempertahankan Melaka pada waktu itu yang terdiri daripada parajurit berani Melaka, parajurit Alam Melayu, orang Turki, pedagang Turki, pedagang Islam Gujerat, orang Arab dan semua yang terlibat. Semoga roh anda semua dirahmati Allah selayaknya orang yang berjihad

-------------------
Disalin dari FB Dania Sofa


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...