Langsung ke konten utama

Perihal Kematian Raja Haji

 Disalin dari kiriman FB Seri Cendikiawan

Gambar: Sosok Tokoh

Berkenaan dengan Raja Haji yang dikatakan mati ditikam, memang ada sumber Bugis yang menyebut demikian namun bagi saya sendiri, saya lebih menerima pendapat yg mengatakan baginda mati terkena peluru musuh..
Ini kerana, apa mungkin kita menggelarkan seseorang yang ditikam sebagai fisabilillah?.
Sudah tentu fisabilillah itu digunakan untuk merujuk kepada perjuangan menentang orang kafir dan dalam konteks Raja Haji ini ialah mati syahid semasa menentang Belanda.
Dan kalau kita lihat, kebanyakan sumber bertulis termasuk dari Belanda mencadangkan Raja Haji mati akibat terkena tembakan Belanda.
Pada waktu itu Raja Haji dikatakan berada berdekatan penembak meriam kapal baginda untuk memberi semangat sebelum sebutir peluru terkenanya.
Maka beliau syahid dan dikenali sebagai Marhum Teluk Ketapang iaitu tempat baginda meninggal dunia.
Buku Sejarah Perlawanan Terhadap Imprealisme dan Kolonialisme di Riau ada menyebutkan satu kisah yang cukup bernilai dalam menjawab isu kematian Raja Haji ini.
“Tepat jam 12 malam, jenazah Raja Haji ( Sultan Muda Empayar Johor ) telah diturunkan dari kapal Belanda yang bernama Dolphijn dan diserahkan kepada seorang Kapten Melayu untuk dimakamkan secara Adat- Adat Raja Melayu di Melaka. Baginda kemudiannya diberi gelaran Fisabilillah dan dikenali sebagai Marhum Teluk Ketapang.”
Oleh itu, jelaslah bahawa memang Raja Haji telah mangkat apabila terkena peluru Belanda dalam pertempuran di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun 1784.
Jenazahnya telah dikebumikan di Melaka sebelum dipindahkan ke Pulau Penyengat Inderasakti, Kota Tanjung Pinang, Kepulauan Riau .
Disebabkan keberanian baginda menentang Belanda, maka baginda telah diberi gelar sebagai Pahlawan Nasional Indonesia..
Dalam masa sama juga janganlah kita duk menuduh mereka yang tidak menyokong Raja Haji itu sebagai pengkhianat bangsa kerana perang antara Raja Haji dengan Belanda pada awalnya bersifat peribadi apabila Belanda melanggar perjanjian dengan Raja Haji.
Ada sebab mereka tidak menyokong..
1. Pembesar Melayu mmg dah lama sakit hati dengan Bugis yang menguasai pentadbiran Johor.. Sultan pada waktu hanyalah boneka sahaja apabila semua keputusan akan diputuskan oleh Yam Tuan muda ( Sultan Muda ) Bugis.. Pembesar2 Melayu juga terpaksa tunduk kepada orang Bugis pada waktu itu.
2. Raja Haji melawan Belanda disebabkan Belanda mungkir janji menyerahkan sebahagian hasil rampasan dari kapal British iaitu kapal Betsy yang berupa 1254 peti ganja.. Kapal betsy pada waktu itu berlabuh di Pulau Bayan yang merupakan sebahagian daripada wilayah Johor.
Sebelumnya Raja haji dikira mempunyai hubungan yang baik dengan Belanda... Harta rampasan dari kapal British itu sangat besar sehingga melebihi beberapa tahun pendapatan Belanda di Melaka. Jumlah rampasan sekitar 500,000 sedangkan pendapatan tahunan Belanda di melaka hanya sekitar 80,000-200,000 sahaja...
Bahkan pegawai Belanda di Melaka dapat hidup mewah dengan rampasan tersebut.
3. Jadi ini bermakna pencetus perang Bugis-Belanda ini pada awalnya disebabkan isu rampasan kapal bukannya atas slogan nak tolak "penjajahan" Belanda di nusantara...
( Pada waktu ini kesultanan riau-lingga masih merdeka sepenuhnya).
Mengikut perjanjian antara Raja Haji dan Belanda ialah jika Belanda merampas mana2 kapal dalam kawasan Johor maka segala harta rampasan hendaklah dibahagi 2.
Namun Gabenor Melaka iaitu Pieter Gerurdus de bruijn hanya membahagikan rampasan tersebut dengan kapten Perancis iaitu Mathurin Barbaron..
4. Slogan jihad dilaungkan hanya selepas Belanda enggan menyerahkan hasil selepas rundingan yang dilakukan di Muar telah gagal.. Raja Haji turut mengeronyok surat perjanjian dengan Belanda kerana tidak berpuas hati..
5. Oleh itu, janganlah kita sesekali memburukkan orang lain sebagai pengkhianat... Fahami dulu politik pada zaman tersebut sebelum menjatuhkan hukum.. Kita tidak tahu situasi yang berlaku pada waktu itu dengan tepat. ...
Jangan hanya kerana satu tulisan atau satu sumber kita dengan sewenang2nya menuduh orang lain dengan panggilan yang tidak wajar seperti pengkhianat...
Berkenaan dengan surat ( yang tersebar ) yang dikatakan ditulis oleh Raja Haji itu pula, itu semua ialah karut..
Surat yang tersebar itu ialah surat Perjanjian antara Sultan Abdul Rahman dan Residen Riau iaitu Wilhem Albert de Kanter yang memuatkan isi perjanjian mengenai cukai, hasil negeri dan sebagainya..
Mudahan tulisan ini dapat menjernihkan suasana agar tiada lagi yang dituduh khianat dan sebagainya....


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...