Langsung ke konten utama

SHEIKH SYAMSUDDIN AS-SUMATERANI: TOKOH ULAMA PENGGERAK JIHAD ACEH

Ilustrasi Gambar: republika

Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan 


Sheikh Syamsuddin as-Sumaterani adalah adalah ulama besar Nusantara pada abad ke-17 masihi, sezaman dengan Sheikh Nuruddin ar-Raniri dan Sheikh Abdul Rauf al-Singkili. Beliau dilahirkan sekitar awal 1500 masihi di Pasai. Ayahnya, Sheikh Abdullah as-Sumatrani juga seorang ulama. Setelah belajar dengan ayahnya dan beberapa ulama Pasai, Sheikh Syamsuddin dikatakan belajar dengan Sunan Bonang di Jawa dan menjadi murid utama Sheikh Hamzah Fansuri. Beliaulah yang dikatakan mewarisi pemikiran tasawuf Fansuri yang kemudiannya bertembung dengan ar-Raniry, walaupun tidak sempat bertemu dengannya.
Sebagai seorang ulama muda, Sheikh Syamsuddin as-Sumaterani diberikan peranan besar dalam Kerajaan Aceh di mana beliau dilantik sebagai Qadhi Malikul Adil (Ketua Hakim Negara), sekali gus sebagai Ketua Balai Gading Kerajaan Aceh. Qadhi Malikul Adil merupakan jawatan kedua tertinggi di Aceh, di mana pada akhirnya beliau menjadi Sheikh al-Islam Aceh. Beliau juga disebutkan sebagai Penasihat Sultan kepada Sultan Alauddin Riayat Syah IV dan Sultan Iskandar Muda, sekali gus menjadi Perdana Menteri Aceh. Dengan kedudukan dan pengaruhnya itulah, beliau memainkan peranan besar dalam gerakan jihad yang berlaku, terutama untuk menyekat pengaruh Portugis dan membebaskan Melaka.
Sebagai seorang ulama besar, beliau telah menghasilkan sejumlah kitab yang kebanyakannya adalah kitab tasawuf aliran Sheikh Hamzah Fansuri sekitar 20 buah, di mana Sheikh Abdul Samad al-Falembani turut memetik pandangan dalam kitabnya, Jawahirul Haqaaiq dan Tanbiihut Thullab. Ar-Raniri yang tidak sejalan dengan beliau dalam ilmu tasawuf turut mengakui di dalam Bustanus Salatin bahawa “Adalah Sheikh (Syamsuddin) itu alim pada segala ilmu dan ialah yang termasyhur dengan pengetahuannya pada ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang ditulisnya.”
JIHAD DIKHIANATI: TEMUI SYAHID di MELAKA
Di sebalik kemasyhurannya sebagai seorang ulama dan tokoh negarawan yang penting ketika Aceh berada di kemuncak kemasyhuran
nya, Sheikh Syamsuddin sangat giat m'dukung gerakan-gerakan jihad ke atas Portugis di Melaka. Tidak berpuas hati dengan kegagalan Aceh untuk menghalau Portugis sejak 1537 masehi, pada bulan November 1628 masehi, Sheikh Syamsuddin telah turun sendiri untuk memimpin jihad di Melaka sehingga Portugis berjaya ditewaskan. Ia bermula pada bulan November tahun 1628 masehi apabila satu ketumbukan armada Aceh seramai 20,000 orang bersama 236 buah kapal diketuai oleh sebuah kapal perang terbesar, sepanjang 100 meter dan mempunyai tiga layar serta puluhan meriam. Kapal ini dinamakan Cakra Dunia yang bermaksud “Penggegar Dunia.” Mereka bergerak dari Aceh dan menyerbu Melaka.
Dalam perang ini, Sungai Melaka berjaya dikuasai oleh Aceh sehingga tentera Portugis terkeluar dari benteng pertahanan St John. Kemudian kubu Portugis di sebuah gereja bernama Madre de Dios, di atas Bukit Kota Melaka pula pecah setelah dua bulan dikepung. Portugis kemudiannya lari ke benteng terakhir mereka, di Bukit St Paul atau Bukit Cina. Kepungan terus berlangsung selama tiga bulan lagi, dan pada Mei 1629 masehi, Portugis terpaksa berundur dari Melaka setelah bekalan mereka habis. Melaka jatuh ke tangan Aceh selama lapan bulan. Portugis cuba mendapatkan bantuan dari Wizurai di Goa, India dan mencari sekutu dari kalangan raja-raja Melayu. Setelah lapan bulan Aceh menguasai Melaka, pada Februari 1630 masehi, sekutu Portugis dari Pahang telah datang membantu, serentak dengan ketibaan kapal Portugis dari Goa.
Pengkhianatan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil III), Raja Pahang ketika itu, telah membuatkan keadaan pertahanan Aceh menjadi huru-hara kerana serangan luar jangka ini. Pertahanan Aceh yang dipimpin oleh Orang Kaya Laksamana berada dalam keadaan leka ketika diserbu oleh tentera dari Pahang sehingg kubu Aceh pecah. Di sinilah berlakunya perselisihan antara Orang Kaya Maharaja Sri Maharaja dengan Orang Kaya Laksamana yang disebut oleh ar-Raniri dalam Bustanus Salatin. Akibatnya Kota Melaka tak terkawal lalu diserbu oleh musuh, sehingga ramai tentera Aceh telah syahid, termasuk Sheikh Syamsuddin sendiri. Selepas itu, kedua-dua Orang Kaya yang memimpin tentera Aceh ini terpaksa berundur dari Melaka pada akhir Februari 1630M.
Sejak itu juga, Sultan Iskandar Mudab tidak lagi menyerang Melaka sehingga baginda wafat pada 1636M, kecuali menyerang Pahang di atas pengkhianatan itu pada 1630M dan 1634M. Tarikh kematian Sheikh Syamsuddin dicatatkan oleh ar-Raniry dalam Bustanus Salatin. Raniry mengatakan beliau syahid dalam perang ini pada Isnin, 12 Rejab 1039H, iaitu bersamaan 24 Februari 1630M. Walaupun beliau lahir di Pasai dan berkhidmat sebagai pembesar utama Kerajaan Aceh, tetapi Allah mentaqdir beliau syahid di Melaka. Maqam as-Syahid Sheikh Syamsuddin al-Sumatra-i terletak di Kg Ketek, Melaka. Kematian Sheikh Syamsuddin ternyata memberi kesan yang agak besar terhadap gerakan jihad di Melaka, walaupun selepas itu Sheikh Abdul Rauf Singkel dan ar-Raniry menjadi tokoh ulamak utama dalam Kerajaan Aceh pada abad ke-17M.
Institut al-Balaghul Mubin



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...