Langsung ke konten utama

10 BENTUK KEKEJAMAN KOMUNIS KE ATAS ETNIK MELAYU CHAMPA

Gambar Ilustrasi: mozaik minang

Disalin dari kiriman FB Ibnu Kamal Alif 

PERANG MELAWAN KOMUNIS:
10 BENTUK KEKEJAMAN KOMUNIS KE ATAS ETNIK MELAYU CHAMPA
Sejarah yang sukar dilupakan oleh umat Islam khususnya di alam Melayu. Kekejaman rejim Komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot di Kemboja di era 1970an menyaksikan etnik Melayu Champa yang beragama Islam hilang 30 % populasi akibat dasar penghapusan etnik yang dijalankan.
10 polisi kekejaman ke atas etnik Melayu Champa :
1:Sebarang bentuk ritual agama tidak dibenarkan seperti solat, puasa, menutup aurat.
2:Agama Islam menjadi sasaran utama kekejaman kerana menonjol amalannya. Daripada 113 ulama yang selamat hanya 20 orang sahaja, yang lain dibunuh dengan kejam termasuk mufti Kemboja.
3:Sebanyak 132 masjid dijadikan kandang khinzir. Al-Quran dan kitab-kitab agama dirampas dan dibakar. Sesiapa yang menyimpannya akan dibunuh.
4;Orang Islam dipaksa mendengar radio Peking yang berpusat di Beijing, China sebagai paksaan menyerap ideologi Komunis.
5:Rakyat diwajibkan taat kepada fahaman Komunis.Sesiapa yang menjadi nelayan, hasil tangkapan terpaksa dijual kepada koperasi dibawah kuasa Khmer Rouge dengan harga murah dan jika mahukan makanan terpaksa dibeli di koperasi dengan harga yang sangat mahal.
6:Polisi Rejim Khmer Rouge yang mahu hanya etnik Khmer wujud di Kemboja menyebabkan etnik Melayu Champa perlu dihapuskan.
7:Mana-mana rakyat yang mengaku sebagai etnik Melayu Champa akan diasingkan disuatu lokasi untuk pembunuhan beramai-ramai termasuk orang tua hatta bayi etnik Melayu Champa turut dibunuh.Etnik Melayu Champa dipaksa memakan sup babi sebagai bukti kesetiaan kepada kerajaan.
8:Sesiapa yang bertutur didalam bahasa Melayu akan ditangkap dan diseksa.
9:Kaum Muslimah diharamkan menutup aurat dan kaum muslim lelaki diharamkan berserban dan berkopiah. Semuanya dipaksa memakai pakaian hitam.
10:Naskah Al-Quran digunakan untuk mengesat najis sebagai bentuk penghinaan kepada agama Islam dan menakutkan etnik Melayu Champa.
"Tidak dapat dibayangkan bertapa jahatnya ideologi Komunis kepada Umat Islam, mungkin orang-orang Melayu di Malaysia juga senasib dengan saudaranya di Kemboja jika Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya menguasai negara ini suatu masa dulu"

===================

Sekilas Tragedi Bangsa Campa


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...