Langsung ke konten utama

"Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur"

Ilustrasi gambar: matkincai


FB Sarah Zakariya - Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada abad ke-19 dahulu? Tokoh yang disebut-sebut tidak lain dan tidak bukan Al-Marhum Haji Abdullah Hukum/Rukun, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.
Nama sebenar beliau Abdullah Rukun. Beliau yang ketika itu berusia 15 tahun telah berhijrah bersama rakan-rakannya yang lain ke Melaka sebelum tiba Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki selama 3 hari 3 malam. Sepanjang perjalanan, banyak tempat dan pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur ketika itu tidak sama seperti mana Kuala Lumpur yang kita kenal pada hari ini. Ianya hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.
Kalau dilihat rumah kedai ketika itu berbumbungkan atap bertam berdindingkan buluh. Semua peniaganya orang Melayu Rawa dan Mandailing yang kebanyakannya menjual kain dan makanan. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Mereka mengutip hasil dagang daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah ketika itu sebanyak seringgit sebahara (3 pikul).
Setapak dan Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di Segambut(kini Batu Lima Gombak). Setiap orang boleh ketika itu boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan 10 gantang padi daripada setiap 100 gantang. Justeru itu beliau disenangi penduduk tempatan.
Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut, iaitu Putera Raja Muhammad, kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampong baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu (sekarang kawasan Bukit Bintang) dan menjadi ketua penduduk di situ. Ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di situ.
Di tempat baru, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, pisang, sirih, tebu dan sawah padi. Beliau berkhidmat sebagai kietua kampong selama 7 tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah untuk membawa beras dengan perahu dari Sungai Klang ke Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan lumayan sebanyak 40 ringgit sekoyan guni beras.
Setelah kawasan Pudu dibuka, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud, iaitu Putera Sultan Mahmud, untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Di samping itu, beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Raja Laut dan Maxwell untuk membuka Sungai Putih (kini kawasan Jalan Bangsar).
Ketika mendiami Sungai Putih, beliau membuka Bukit Candi Putra, iaitu Bukit Putera sekarang, yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi. Dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang, Abdullah Hukum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu di Sungai Putih dan lantaran itu, beliau menghentikan penternakan kerbaunya disebabkan peningkatan bebanan tugas.
Semasa beliau menjadi Penghulu, Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India. Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar kepada Bangsar.
Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang.
Sebagai menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.
Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.
Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.
Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.
Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.
Ceritakanlah kepada anak-anak, rakan-rakan kalian akan kisah ini. Janganlah nama melayu ini ditelan oleh Kapitan Yap Ah Loy seperti yang ditulis oleh penjajah yang akhirnya menjadi teks sejarah di sekolah. Ramai menyangka Yap ah Loy sebagai orang terawal dan pengasas kuala lumpur sedangkan beliau hanya seorang kapitan ketiga yang dilantik dan disokong oleh Tokoh pengasas dan pembesar dari kali kalangan orang melayu untuk mengetuai perlombongan bijih timah.
Bissirril Al-Fatihah
Al-Marhum Abdullah Hukum

Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur 

===================

Baca Juga:

  1. Cerita Haji Abdullah Hukum
  2. Kampung Padang Balang; Perkampungan orang Minangkabau di Kuala Lumpur
  3. Minangkabau di Tanah Semenanjung masa Kolonial
  4. Fitnah Pendatang kepada Melayu
  5. Sejarah Kuala Lumpur yang Diselewengkan



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...