Langsung ke konten utama

Penghantaran pulang pendatang Cina dan India.

 


FB Syed Uwais Qorni SUQ - Perkembangan ekonomi yang pesat telah mengakibatkan kedatangan pendatang dari China dan India, malah menyebabkan peningkatan kes jenayah.
Kekacauan yang sering berlaku angkara pergaduhan di antara kongsi-kongsi gelap di Negeri-Negeri Selat NNS seperti di Pulau Pinang (1867) dan di Singapura (1870).
Selain dari menggunakan undang-undang jenayah untuk menangani gejala jenayah, kerajaan kolonial juga menguatkuasakan undang-undang lain yang berkaitan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa tertentu.
Kadar jenayah sering meningkat semasa kemerosotan ekonomi, jadi pada masa tersebut, tindakan diambil untuk menghantar pulang imigran-imigran ke negara asal mereka bagi mengelakkan berleluasanya pengangguran yang menjadi antara punca tercetusnya jenayah.
Contohnya semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama (PD1) pada tahun 1914 seramai 12,222 orang Cina dihantar pulang.
Pada awal tahun 1915 ekonomi muka pulih, jumlah penghantaran berkurang kepada 1,100 orang.
Tindakan ini dihentikan secara perlahan-lahan sehingga ia ditamatkan terus pada Julai 1915 [Proceedings 1915]
Sekatan ke atas kemasukan imigran ditarik balik dan seramai 8409 orang berhijrah ke NNS pada bulan Ogos 1915 membuktikan bahawa keadaan imigrasi menjadi normal semula.
Tindakan yang sama diambil semasa berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1922 dan 1929 yang menyaksikan banyak pengangguran di kalangan imigran terutamanya imigran Cina.
Pada tahun 1930 sebagai contoh Ordinan Sekatan Imigresen diperkenalkan bagi menyekat kemasukan imigran lelaki dewasa.
Hanya 151,693 orang imigran lelaki Cina memasuki NNS pada tahun 1930 berbanding 195,613 orang pada tahun 1929.
Jumlah ini merosot lagi pada tahun 1931 dan 1932 apabila seramai 50,120 dan 18741 orang lelaki Cina dibenarkan memasuki NNS.
Kemasukan imigran lelaki Cina dikenakan kuota secara bulanan iaitu dari Januari ke September seramai 5238 orang manakala dari Oktober ke Disember, sejumlah 2500 orang sebulan yang dibenarkan memasuki NNS.
Pada tahun 1930 sahaja seramai 167,903 orang berbanding 139,967 orang pada tahun 1929 dihantar pulang ke China.
Tindakan menyekat kemasukan imigran asing diperkukuhkan lagi melalui penggubalan Ordinan Orang Asing sebagai langkah menghadkan bilangan orang asing yang dibawa masuk ke NNS oleh mana-mana syarikat perkapalan atau charterer atau pemilik kapal-kapal individu yang dibawa atau berlabuh di NNS pada setiap bulan [SS Report 1855-1941]
Walaupun langkah membawa pulang imigran Cina dan menyekat kemasukan mereka ke NNS tidak berjaya menghapuskan jenayah di NNS tetapi sekurang-kurangnya ia berjaya mengawal keadaan daripada bertambah buruk.
Rujukan : Gambar 1


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...