Langsung ke konten utama

MOVIE REVIEW: The Strategist (2007)

Picture: Negeri Malaka

-Tengku Syafiq
MOVIE REVIEW: The Strategist (2007)
KISAH EPIK PEPERANGAN PORTUGIS DENGAN EMPAYAR GERGASI MELAKA (Malacca Empire)

Mesti ramai orang Malaysia yang tidak pernah tonton filem arahan Noam Murro ini. Pengarah berbangsa yahud1 kelahiran Jerus4l3m ini popular dengan movie box officenya, 300: Rise of an Empire yang diterbitkan pada 2014. Diterbitkan pada 2007, filem ini tidak mendapat sambutan hangat di negara-negara Asia. Namun, filem ini amat menarik untuk kita belajar dan selami sejarah melayu Melaka.

SINOPSIS
Filem ini bermula dengan kisah seorang pemuda miskin(watak utama) bernama José Santos yang genius, patriotik dan berimpian besar untuk berkhidmat di bawah idolanya, Ruy de Aranjo, seorang nakhoda Portugis.
Filem ini ketengahkan bagaimana pemuda ini menolong Alfonso D’ Albuquerque mengatur strategi untuk menumbangkan empayar Melaka.
Setelah mendapat berita tentang idolanya ditahan di Melaka, José menawarkankan diri untuk menolong Alfonso dengan mencadangkan strategi-strategi bernas untuk menumbangkan empayar gergasi itu.
Scene tembak-menembak antara askar Melayu dan askar Portugis amat real dan epic. Orang melayu menggunakan istinggar(musket) dan lela rentaka(portable cannon zaman dulu) semasa menyerang askar Portugis. Lain pula fakta yang diceritakan dalam buku teks kita.
Filem ini juga menunjukkan kecekalan askar Portugis yang tidak berputus asa walaupun kalah pada peperangan pertama.
Ada juga beberapa watak pengkhianat melayu yang dilakonkan seperti Mundeliar dan Nina Katu.
Klimaks, si hero berjaya mendapatkan beberapa buah kapal besar yang lebih besar berbanding kapal perang mereka untuk menyerang Melaka. Scene di Melaka jadi kucar-kacir lalu mereka menang dalam peperangan terakhir.
Ending filem ini amat menarik. Si hero mati bersama Flor de la Mar yang tenggelam di lautan, bersama barang-barang rampasan istana.
Yang tragisnya, watak raja kita dilakonkan sebagai raja yang lemah, dan pembesar-pembesar kita pula penuh dengan pembelot.

KESIMPULAN
Kita perlu selalu ingat sejarah gelap kita, bagaimana kita tersungkur, lubang mana kita jatuh(ingatan untuk diri sendiri).
Well, goodluck Malaysia.
😊
P/s: Hero José Santos di atas sebenarnya tidak wujud dalam kisah sebenar. Dan filem ini tidak wujud. Fakta yang lain adalah mengikut kajian. Kalau nak tahu lebih lanjut betui ke tak, iqra’. Ambil yang jernih.
Ni alternatif untuk tarik orang yang malas belajar sejarah sebenarnya. The other way of sharing. Maaf3 dan jangan marah ya sifu2 sekalian.

Disalin dari kiriman FB: Mohd Hakimi

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...