Langsung ke konten utama

Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi ( 1848 - 1933 )

Foto: wikipedia
Syeikh Muhammad Saleh Bin Abdullah @ Muhammad Thaiyib dilahirkan pada tahun 1848 di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera, Indonesia.
Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah pada umur 6 tahun dan memperoleh pendidikan agama dari bapanya, Syeikh Muhammad Thaiyib (atau Syeikh Abdullah), yang merupakan seorang Syeikh Haji di Mekah. Beliau juga berkesempatan belajar dengan ulama'-ulama' besar Mekah yang terkenal, iaitu :
1. Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh Abdullah - Ayahnya
2. Syeikh Saiyid Ahmad Bin Zaini Dahlan
3. Syeikh Abu Bakar Syatha
4. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah al-Makki
5. Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani
6. Syeikh Saiyid Umar Ba Junaid
7. Syeikh Saiyid Muhammad Said Babshail
8. Syeikh Saiyid Abdullah Zawawi
9. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani
10. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani
11. Syeikh Muhammad Jamil al-Minankabawi
Syeikh Salleh juga pernah diriwayatkan mempelajari ilmu persilatan dan beliau khatam latihannya itu sehingga mencapai martabat pendekar.
Setelah belajar selama 17 tahun di Mekah, Syeikh Muhammad Saleh pulang ke Minangkabau. Selama kira-kira empat tahun di Minangkabau digunakan untuk mengembara ke segenap pelosok wilayah itu, dan pada waktu-waktu tertentu beliau turut membantu gurunya, Syeikh Muhammad Jamil untuk mengajar agama. Pengembaraan di Minangkabau dimanfaatkannya untuk berdakwah dan mengajar melalui pembacaan kitab-kitab berbahasa Arab mahupun bahasa Melayu.
Selepas 4 tahun di Minangkabau , Syeikh Muhammad Salleh kembali ke Mekah dan pada tahun 1892 beliau pulang lalu terus ke Pulau Pinang. Kemudian Syeikh Muhammad Saleh mengembara di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Pulau Pinang ke Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Johor. Ke mana saja beliau pergi, pastinya terus mendapat sambutan bukan hanya rakyat jelata tetapi juga para Sultan setiap negeri tersebut.
Beliau dilantik sebagai Syeikhul Islam Perak yang pertama pada tahun 1925 dan sebelum itu beliau pernah menjadi hakim di kerajaan Riau-Lingga dan Qadhi Besar Perak.
Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi adalah merupakan pengasas kepada Madrasah Ihsaniyah di Teluk Intan. Madrasah ini dibina pada tahun 1901 hasil sumbangan wakaf Sultan Idris Murshidul Adzam Shah. Di antara anak murid beliau ialah :
1. Sultan Iskandar Shah - Sultan Perak
2. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Bin Abdul Salam
3. Tuan Guru Haji Hamdan Kampung Bahagia
4. Tuan Guru Haji Nordin Bin Abdul Manap
5. Tuan Guru Haji Yeop Majlis
6. Tuan Cholan Batu Gajah
7. Tuan Guru Haji Sufian Durian Sebatang
8. Syeikh Syamsuddin al-Qadiri
9. Tuan Guru Haji Zainal Abidin Lambor Kanan
10. Tuan Guru Haji Sulaiman Telok Bakong
11. Tuan Guru Haji Sadri Kampung Malau
12. Tuan Guru Haji Muhammad Hasan Zahrullayali
13. Tuan Guru Haji Othman Bin Sutan Mohd Nor
14. Tuan Guru Haji Mohamad Salleh Bin Bijan
15. Tuan Guru Qadhi Haji Ayub Bin Alang Abdullah
16. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Bota Kanan
17. Tuan Guru Haji Mokhtar Kajang
Berikut merupakan karya penulisan beliau :
1. Mawa'izhul Badi'ah - 1917
2. Kasyful Asrar - 1925
3. Jalan Kematian - 1925
4. Nashihatul Mubtadi - 1927
Beliau meninggal dunia pada 12 Mac 1933 selepas hampir dua minggu dirawat di hospital akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berusia 75 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Moga Allah Taala merahmati roh para auliaNya. Amin
*Sumber - Buku riwayat hidup Syeikhul Islam Perak & Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir
CP: Tengku Yusuff Jejak Ulama Nusantara
Sejarah Ulama Silam & Pahlawan Melayu

Disalin dari kiriman FB Muhammad Mubarak

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...