Langsung ke konten utama

Surat Raja Melayu kpd Kalifah Umar bin Abdul Aziz

Sumber Gambar: https://blockbusterviral.files.wordpress.com
SURAT MAHARAJA MELAYU KEPADA KHALIFAH UMAR [BIN] ABDUL AZIZ.[1]
Oleh Hasanuddin Yusof

Seorang sarjana Andalusia yang benama Ibnu Abd Rabbih (860-940 M) menulis di dalam bukunya yang bertajuk "Al Iqd Al Farid" (Kalung yang Istimewa) bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah Hind yang mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kandungan surat adalah seperti berikut :

"Dari Raja sekalian para raja (Malik al Amlak) yang juga adalah keturunan ribuan raja, yang isterinya pun adalah cucu dari ribuan raja, yang tamannya dipenuhi dengan ribuan ekor gajah, yang wilayah kekuasaannya terdiri dari dua batang sungai yang mengairi tanaman gaharu, rempah wangi, pokok pala, dan kapur barus yang bau keharumannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya.

Kepada Raja Arab (Khalifah Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyembah tuhan-tuhan lain selain Tuhan yang satu. Aku telah mengirimkan kepada engkau hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan. Aku harap engkau sudi mengutuskan seseorang untuk menerangkan ajaran Islam dan segala hukum-hukumnya kepadaku"

Prof Q.S Fatimi menjelaskan bahawa wilayah Hind yang dimaksudkan dalam surat itu bukanlah India tetapi Srivijaya. Maka Maharaja yang mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu adalah Sri Indavarman (Raja Srivijaya). Ini kerana pada zaman itu, orang-orang Arab memanggil wilayah Nusantara sebagai Aqsal Hind (India yang jauh). Wilayah Champa (Hari ini Vietnam & Kemboja) pula dipanggil Hindi Siniyyah (dari sini terbit perkataan Indo China).

Prof Fatimi juga menyatakan wilayah yang dimaksudkan oleh Sri Indavarman dalam suratnya kepada Umar Abdul Aziz itu adalah Muara Takus. Ini berdasarkan tulisan Dr Schnitger yang bertajuk "The Forgetten Kingdom in Sumatera", bahawa Muara Takus merupakan tempat banyak gajah & direntangi oleh dua batang sungai.

Antara bukti kuat yang lain bahawa surat itu dari Srivijaya (Nusantara) bukan dari India ialah:

1) Kapur Barus merupakan hasil bumi Sumatera bukan India.

2) Tiada Raja di India yang mengutus surat kepada Khalifah Bani Umayyah untuk mengajarkan Islam kerana Islam telah tersebar di India pada zaman Khalifah Al Walid melalui panglima Muhammad bin Qasim. Ketika zaman Umar Abdul Aziz, Islam telah tersebar meluas di India, tetapi tidak di Nusantara

*Surat ini dikatakan masih tersimpan di Muzium Madrid, Sepanyol.

𝐊𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐇𝐄: 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚𝐯𝐚𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐫𝐢𝐯𝐢𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐢𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐚𝐣𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡.
_______________________________

Disalin dari: Grup Kesulthanan Alam Melayu
Yang diposting oleh: Bulan
Pada tanggal:  09 Januari 2020 pukul 18:06

_______________________________

Catatan Kaki: (Oleh Agam van Minangkabau)

[1] Umar bin Abdul Aziz khalifah ke-8 Daulah Umayyah, merupakan cicit dari Khulafu Rasyidin ke-2 Umar bin Khatab.

[2] 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...