Langsung ke konten utama

"DENDAM TAK SUDAH" lambang sebuah perjuangan.

Gambar: anak-anak minang


FB Swara Taruna - Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Majlis Peristiharan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra itu turut dihadiri oleh DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad selaku Yang diPertuan Agong yang pertama serta Raja-Raja dan Sultan dalam negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu.
Ciri-ciri menarik dalam busana Raja-Raja Melayu adalah bentuk dan jenis tengkolok yang berbeza untuk setiap negeri. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Peristiharan Kemerdekaan itu adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan. Dendam Tak Sudah membawa maksud tersirat dan berkait rapat dengan kehidupan dan fitrah manusia.Secara simboliknya, dendam tidak semestinya bermaksud permusuhan, tetapi berkaitan perasaan seseorang seperti rindu dendam atau dendam semangat didalam perjuangan.
Tengkolok atau Destar Dendam Tak Sudah mempunyai 5 ciri utama iaitu lambaian ibu (atau lambaian kasih), takuk, simpul kasih, pucuk kasih dan gelembung kasih dan setiap satunya mempunyai maksud tersendiri. Lambaian ibu adalah bahagian paling atas pada destar yang menggambarkan lambaian seorang ibu kepada anaknya yang keluar merantau dengan harapan anak itu akan kembali ke tanah asal. Pada bahagian tengah hadapan lambaian ibu akan diletakkan jata negara yang diperbuat daripada emas putih, manakala di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan. Destar Dendam Tak Sudah dipakai oleh Yang Dipertuan Agong mempunyai lipatan lambaian ibu menghala ke kanan, manakala bagi destar jenis sama yang turut dipakai golongan kerabat atau golongan kebanyakan mempunyai lambaian ibu menghala ke kiri.
Takuk pula adalah bahagian bawah destar, yang mana destar yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong mempunyai 5 lipatan takuk melambangkan 5 prinsip Rukun Islam. “Takuk juga melambangkan perjalanan hidup. Jika diteliti setiap takuk yang dilipat tidak semestinya mempunyai lipatan yang sama besar, bererti dalam hidup ini tidak semuanya indah, ada masa baik, ada masa jalan hidupnya berliku. Ciri lain destar iaitu Simpul Kasih (bahagian simpulan pada telinga) bermaksud ikatan perkahwinan; Pucuk Kasih (bahagian menegak pada tepi destar) melambangkan kuasa seseorang raja dan Gelembung Kasih(bahagian menggelembung di bawah Lambaian Ibu) bermaksud ikatan perkahwinan yang berakhir dengan seseorang isteri yang mengandung.
Ada sebuah pantun lama tentang destar ini berbunyi,
Dendam tak sudah, kasih tak sampai
Duduk bermula di Bunga Setangkai
Mengikut sejarah Bunga Setangkai merupakan sebuah kerajaan lama di Minangkabau bertempat di Sungai Tarab, Nagari Tigo Batu, Batu Sangka, Luak Tanah Datar.
(Ulasan tentang destar dari tulisan MZ Fairuz Zakaria)
============

Baca Juga:

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...