Langsung ke konten utama

PKM, MPAJA DAN TANAH MELAYU..

Pict: wikipedia


Sumber:Polis Hutan

FB Nurul Kejora Muhammad - APAKAH MPAJA (Malayan People’s Anti-Japanese Army) adalah sebahagian daripada sejarah pasukan keselamatan negara membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan? Riwayat MPAJA bersalasilah daripada PKM (Parti Komunis Malaya). MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan BUKAN bertujuan untuk mempertahankan Tanah Melayu sebagai tanah air, tetapi kerana sentimen anti Jepun kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun terhadap kaum Cina.
Anggota MPAJA merupakan alat PKM untuk menentang Jepun bagi menubuhkan sebuah negara Komunis di Tanah Melayu ketika itu yang bekerjasama dengan British. Sentimen penentangan orang Cina terhadap penaklukan Jepun ke atas Manchuria dan Peristiwa Nanking 1937 yang mengorbankan 300 ribu orang Cina itu telah dibawa ke Tanah Melayu. Perjuangan MPAJA bukan perjuangan mempertahan Tanah Melayu, sebaliknya adalah perjuangan membalas dendam terhadap kekejaman tentera Jepun terhadap orang Cina di China dan di Tanah Melayu.
Anggota MPAJA tidak sesuai dikatogerikan sebagai perajurit negara, mereka hero kepada orang Cina yang bekerja di Tanah Melayu. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi supaya Teori Domino menjadi kenyataan.
Jadi PKM membentuk MPAJA dan mereka inilah yang kemudiannya keluar daripada hutan selepas Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom atom. Mereka inilah oleh orang Melayu dikenali sebagai Bintang Tiga. Sasaran utama Bintang Tiga ialah mereka yang menjadi anggota Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu, Jookidam yang anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Bekas anggota Jookidam inilah yang dijadikan sasaran oleh Bintang Tiga.
Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan. Malah tiada siapa yang berani membela kerana takut disyaki sebagai pembelot.
Dalam satu kes bekas anggota Jookidam bernama Mohd Isa telah ditangkap di Tanjung Piandang, Perak dan sebagai penyiksaan daging pehanya telah dipotong sebanyak 3 tahil sehari dan penyiksaan ini berterusan hinggalah beliau meninggal dunia beberapa hari kemudian. Hampir 10 ribu orang cedera termasuk 2500 meninggal dunia akibat kekejaman Bintang Tiga ini.
PKM dan MPAJA tidak terlibat dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu. Ketika Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada British secara aman, PKM kembali ke dalam hutan dan melakukan kegiatan subversif serta melakukan pembunuhan dan sabotaj. Kegagalan rundingan Baling 1955 menunjukkan bahawa PKM lebih suka menggunakan kekerasan dan bukan demokrasi. Bagi yang benar-benar berjasa sesuai diberikan penghargaan tetapi yang sebaliknya bagaimana?
Sudah jelas lagi bersuluh siapa mereka sebenarnya. Mereka cuba menegakkan benang yang basah. Jelas telunjuk lurus kelingking berkait. Ada pula pemimpin politik tertentu yang mulutnya disumbat pisang dan bontotnya dicucuk onak. Di negara ini ada orang buta boleh tulis buku,
tetapi ada orang celik tidak boleh baca buku, khususnya buku sejarah.
Sumber ~ Pensyarah Kanan
PP Ilmu Kemanusiaan (Bahagian Sejarah)
USM, P. Pinang
Oleh Dr. NAZARUDIN ZAINUN
Photo By Pasukan Polis Hutan
~ This Is Polis Hutan Territory ~
Kredit: 446

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...