Langsung ke konten utama

Nasi Kandar: Hidangan Halal

 


FB Sarah Zakaria | Bila kita tak pulihara dan perkasa sejarah kita sendiri, maka senanglah pihak lain memanipulasi sejarah kita dan membodohkan kita. Konon Francis Light yang buka Pulau Pinanglah, konon Yap Ah Loy yang buka Kuala Lumpurlah, konon Melayu pendatang di Tanah Melayulah.
Asal orang putih atau yang bukan Melayu yang cakap, kita julang kata-kata dia tu. Kalau orang Melayu yang cakap, terus kau pandang lekeh konon tak ada kredibiliti. Kita jadi 'inferiority complex'.
Ok, sekarang masuk bab perihal gambar ni. Gambar ni diambil pada tahun 1936 di Pelabuhan Pulau Pinang. Ada pemandangan orang meniaga nasi kandar, dan kapal layar dekat situ. Aku cukup tak setuju nasi kandar dibabikan.
Istilah Nasi Kandar ini dipopularkan oleh golongan Tamil Muslim di kalangan orang Melayu. Hidangan tu bukannya dipanggil Nasi Kandar di Tamil Nadu. Hidangan itu dipanggil Nasi Kandar di Tanah Melayu, sebab pengusaha Tamil Muslim atau Mamak mengandar nasi itu ke sana sini.
Bukannya orang Tamil bukan Islam yang kandar nasi babi ke sana sini sejak awal 1900an sampai sekarang. Kau pakai je la nama apa yang kau panggil nasi tu dekat Tamil Nadu sana.
Selalunya tak nak pakai Bahasa Melayu, tapi bila ada kepentingan tiba-tiba barulah nak pakai Bahasa Melayu. Yang lain semua tulis pakai bahasa orang Inggeris. Apa benda tu?
Alasan oleh golongan yang pertahankan Nasi Kandar daripada dibabikan semata boleh mengelirukan pengguna adalah alasan yang tak cukup kuat. Kena ada sandaran sejarah dia. Siapa yang kandar nasi tu, sejak bila sampailah istilah itu jadi popular dan ada nilai.
Pada aku lah, Kimma HQ atau mana-mana pertubuhan Mamak kena bersatu pertahankan istilah yang mereka sendiri usahakan sejak awal 1900an dari sudut undang2 bermula dari sekarang supaya tak ditunggang oleh orang lain pada kemudian hari.
Ada asas sejarah yang kukuh sebenarnya untuk tuntut pengkhususan istilah Nasi Kandar tu supaya masuk kamus atau minda masyarakat.
Nasi kandar = hidangan halal, ada lauk daging lembu yang diusahakan oleh Mamak yang mengandar nasi itu sejak 1900an hingga popular sekarang.
Nasi sapedek ( contoh ) = hidangan Tamil untuk yang bukan Islam. Ayam tak sembelih, kambing tak sembelih, tak ada lauk daging lembu, ada lauk babi, lauk binatang-binatang yang orang Islam tak boleh makan, dan sebagainya.
Tak ada siapa tuntut resepi atau gaya hidangan tu adalah milik khusus sesiapa. Istilah 'nasi kandar' itu saja, Lain jenis makanan, lainlah pulak sejarah dia. Kalau tak bermula dari sekarang, Teh Tarik nanti pun ada yang buat Teh Todi Tarik sebab campur arak.
Ini baru pasal Nasi Kandar, belum masuk hal kapal layar berdasarkan gambar ni. Sejarah ni bila tak dikomersialkan, tak dipulihara. Maka ramai generasi Melayu 'inferiority complex' sendiri yang tak percaya sejarah hebat pelayaran orang Melayu.
Tak tau dia fikir macam mana masa belajar sejarah, macam mana Melaka tu boleh jadi pusat perdagangan terkenal dunia kalau orang Melayu sendiri tak pandai berlayar. Orang Melayu sebenarnya bukannya tak pandai berlayar atau bertamadun sendiri, tapi cuma tak pandai pulihara sejarah dan identiti sendiri.
Ye, Mamak juga adalah sebahagian daripada Melayu ikut perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melayu bukannya rasis.
Tapi iyelah.. bila dah jadi Melayu 'inferiority complex' ni, buat jenama kopi pun terhegeh-hegeh pakai nama Itali 'Richiamo' atas alasan strategi pemasaran.
Lepas tu buka francais dekat negara membangun, akan datang bila pelanggan Kemboja ke Sri Lanka ke rasa tertipu ingatkan itu jenama Itali tapi rupanya jenama Malaysia, nama negara kita juga yang busuk.
'Inferiority complex' lah katakan. Penjenamaan sentiasa ada kesan jangka panjang. Kalau jenama tu dah terkait dengan Isrãél contohnya, memang payahlah kau nak buang persepsi tu walaupun tauke jenama tu keturunan Syed Syarifah sekalipun.
Bersama Memulihara Sejarah Tanah Melayu. Serlahkan Diri Tuan Hamba Yang Sebenar.
Randuk
+ Moga 'sejarawan Perancis' Serge Jardin tak betah gambar Nasi Kandar ni sebenarnya adalah gambar gerai jual 'ratatoulllle'.

Islah Wahyudi


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...