Langsung ke konten utama

Perang Tanah Merah - Pendang

Pict: m-update
FB Khalid Nizwan Asgoof - Tercetus pada 1876 mengakibatkan kejatuhan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah - Pasai Ma di zaman Sultan Syed Jaafar Maadzam Shah @ Long Jaafar - Raja Larut sebagai Yang Di Pertuan.
Nagara Kedah di jajah selama 5 tahun sebelum terbentuknya Negeri Kedah Darul Aman pada 1881 dan Wan Muhamad Saman menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah yang pertama dan terakhir.
Di ceritakan pada Peperangan ini, seluruh sungai di Kedah mengalirkan air berwarna merah kerana membawa bersama darah para Syuhadah tentera Fisabilillah Islam Siam Nagara Kedah dan Sukothai serta British.
Pada Peperangan ini juga, anak saudara Sultan Syed Jaafar @ Long Jaafar iaitu Syed Ibrahim (Ayahanda Syed Sheikh Abdullah Fahim ) turut terkorban dan di Makamkan di Kubor Panjang Pendang Kedah.
PENDANG @ PEN-DANG merujuk kepada BUNYI SENAPANG dalam Bahasa Siam Kedah yang masih di tutur di beberapa kawasan hingga sekarang.
PERANG MUSUH BISIK edisi terakhir ini adalah rentetan kepada Peperangan berterusan oleh Musuh Bisik bermula dari Thoung - O @ Burma, Ayuthia, Kemboja Champakasari dan Kota Mengkuang iaitu pada 1786 - 1821 iaitu sama masa dengan Penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat British Hindia Timur di bawah seliaan Sir Franchise Light oleh Raja Abdullah, Raja bagi Daerah Pulau Pinang, bukanya Sultan seperti yang di dakwa sejarah kebiasaan.
PERANG MUSUH BISIK ini merupakan titik permulaan kemasukan British selepas kerjasama Sukothai/British Hindia Timur melalui penyerahan Pulau Pinang sebagai ganjaran.
BRITISH TIDAK MENJAJAH
Pegawai British yang bertanggung-jawab sebagai wakil British di Kedah ialah Penasihat British. Penasihat British yang pertama W.G. Maxwell pada peringkat awalnya menghadapi kesulitan dalam melaksanakan dasar imperialisme British akibat tekanan golongan elit Melayu di Kedah.
British hadir sebagai Penasihat yang di hantar oleh Raja Chula Longkorn apabila Almarhum Sultan Abdul Hamid di lantik sebagai Sultan Pertama Negeri Kedah Darulaman pada 1882 ( Kedah Modern ) atas persetujuan Raja Chula Longkorn berikutan perkahwinan Puteri beliau dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah bernama Che Puan Manjalara, Bonda kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.
Pada tahun 1876 masihi ini juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang Kedah. Di Bukit Raya ( Bukit Raja ) daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar Pendang.
Begitulah adanya riwayat duka dalam Sejarah Nagara Kedah yang di timbus apabila Kemusnahan Nagara Kedah telah turut memusnahkan riwayatnya lalu diganti dengan riwayat palsu bagi mengaburi dan melindungi pihak berkepentingan.
ASIA UNTUK ORANG ASIA
Kemasukan dan Kependudukan Jepun dalam masa yang sangat singkat di Negeri Kedah membawa bersama slogan Asia Untuk Orang Asia bagi mengusir kemasukan British ke Asia.
Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mangkat pada 1943, di atas nasihat Ketua Penghulu Negeri Kedah ( cucu Long Jaafar ) maka Sultan Badlishah di perkenan sebagai Pengganti dan di Tabal di Balai Besar @ Brahman Indera sebagai Sultan Negeri Kedah Darulaman ke-2 sekaligus menyambung legasi MERONG MAHA WANGSA melalui darah ibu Baginda iaitu Sharifah Sofiah.
Kesinambungan ini berterusan kepada Putera Baginda ( Sultan Sekarang ) Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Berjiwa Rakyat.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...