Langsung ke konten utama

Kerajaan Islam Alam Melayu Yang Dimurtadkan

Pict: Mentari Timur
Mentari Timur - Filipina adalah merupakan antara gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang mempunyai berbagai sejarah dan keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan dengan masyarakat di Malaysia dan Indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa masyarakat Filipina merupakan sebahagian daripada kelompok darah Melayu Austronesia dan sudah pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu rumpun dan kelompok yang sama di Alam Melayu.
Filipina asalnya adalah sebuah kerajaan Islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata selepas kedatangan Sepanyol ke Filipina pada tahun 1565, ketika itu, Filipina mencapai populasi penduduk muslim seramai 98% dan hanya 2% masyarakat bukan Islam.
Asal nama kepada ibu kota Filipina sekarang Amanillah yang berasal daripada perkataan Arab ‘Fi Amanillah’ yang bermaksud dibawah perlindungan ALLAH S.W.T namun akhirnya telah diubah ubah menjadi Manila sehingga sekarang oleh Penjajah Salib Sepanyol.
Sebelum ditawan oleh Sepanyol, penduduk Amanillah telah berjaya menjadikan kota ini sebagai salah sebuah kota Islam terbesar di Asia Tenggara. Mereka sudah berabad lamanya menerapkan Syariat Islam dibawah payung Daulah Islamiyah Timur dan Barat. rata-rata masyarakat muslim ketika itu bekerja sebagai pedagang, peniaga dan lain-lain.

DIJAJAH SEPANYOL
Pada tahun 1565, Sepanyol datang ke Alam Melayu yakni ke Filipina dengan misi Gold, Glory dan Gospel yang membawa maksud menjajah kota kota Islam di timur sebagai akibat daripada lanjutan kempen Perang Salib antara Islam dan Kristian. 1565 jugalah dimana Kota Amanillah direbut, dibantai dan ditawan oleh Sepanyol yang kemudiannya nama Filipina tercipta hasil daripada nama raja mereka ketika itu iaitu King Philipe. Setelah menakluk Amanillah, Sepanyol telah berjaya menjalankan kempen mengkristiankan penduduk di wilayah Filipina tengah dan utara melalui ancaman, paksaan dan berbagai-bagai lagi cara untuk memurtadkan masyarakat Islam ketika itu.
Terdapat sebahagian orang Islam telah melarikan diri ke Selatan Filipina demi menyelamatkan akidah mereka. Di Selatan Filipina, masyarakat Islam ini berjaya membentuk pasukan tentera untuk mempertahankan diri mereka sendiri demi menyelamatkan maruah dan akidah kaum mereka yang ditawan oleh Sepanyol dengan melawan tentera Sepanyol melalui perang gerila. Sepanyol kemudianya menamakan Masyarakat Islam yang lari ke selatan Filipina ini dengan gelaran Orang Moro yang diambil daripada sebutan orang Arab Sepanyol yang beragama Islam yang dahulunya menguasai Andalusia iaitu orang Moor.
Namun, dasar penjajah kafir, mereka tidak duduk diam terhadap masyarakat Islam di Selatan Filipina, mereka telah berjaya mengrekrut orang Indo Kristian (orang Filipina yang telah dikristiankan) untuk berperang melawan orang Islam yang asalnya adalah bangsa mereka, saudara mereka dan mungkin juga ibu bapa mereka sendiri.

MENYERAHKAN FILIPINA KEPADA AMERIKA SYARIKAT.
Akhir abad ke 19, imperialisme Sepanyol mulai menurun, hal ini disebabkan oleh berbagai pemberontakan telah berlaku di wilayah jajahan Sepanyol yang lain. Pada tahun 1898, Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat untuk mengganti Sepanyol sebagai kuasa penjajah. Tumpuan kaum muslim di Filipina kini terarah kepada Amerika Syarikat, namun ternyata Amerika Syarikat lebih kuat berbanding Sepanyol, Amerika Syarikat kemudianya kembali menakluk wilayah Islam di selatan filipina dan hanya tinggal Mindanao sahaja sebagai pertahanan terakhir kaum muslimin daripada direbut oleh amerika Syarikat.

==============

==============
Baca Juga:

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...