Langsung ke konten utama

Raja Sakranta dari Melayur

Ilustrasi gambar: wikipedia


FB Seri CendikiawanRaja Sankrata ( 1253M-1267M ) merupakan raja pertama Jawaka yang memeluk agama Islam dengan memakai gelaran Raja Aminuddin. Puteranya iaitu Sang Tawal juga beragama Islam dengan gelaran Raja Abdullah. Selepas kalah dalam perang dengan Sukhotai, mereka telah mendirikan sebuah Kerajaan di Bukit Panau Kelantan dimana Putera Sang Tawal iaitu Raja Bharubasha menjadi raja dengan gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda merupakan Raja Kelantan pertama yang memakai gelaran Sultan. Raja Bharubasha telah mengahwinkan anaknya iaitu Puteri Saadong II dengan pemerintah Champa yang bernama Che Bong Nga.

Dalam buku Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan pula turut menyatakan mengenai pengislaman Raja Sankrata:
“Genap setahun kerajaan Malayur ditubuhkan, Raja Sakranta telah turun dari takhta pada 1267 dan menabalkan puteranya, Raja Tilam dengan gelaran Raja Malawika yang turut popular dengan gelaran Sang Tawal. Raja Sakranta pula ingin mendalami ajarah Buddha dengan Tok Longghe, Sami [Pendeta] Besar Buddha ketika itu, Sang Tawal bersama Tok Longghe telah mengembara ke Pulau Sumatera dengan niat untuk membentuk semua persekutuan Bangsa Melayu melalui kaedah diplomasi. Akhir sekali, Raja Sakranta tidak lagi pulang ke Malayur menetap Samudera dengan menjadi penasihat kepada Raja Samudera, Al Malikus Salleh, di sana Raja Saktran dikenali sebagai Raja Syarah, Raja Sarha malah baginda turut digelar sebagai Raja Muhammad atau Sultan Muhammad.”
Raja Sankrata telah turun takhta pada tahun 1267M, dan menyerahkan takhta tersebut kepada puteranya iaitu Sang Tawal selepas setahun baginda menukarkan nama Jawaka kepada Malayur. Baginda telah mengembara bersama Tok Longghe untuk mendalami agama Buddha tetapi akhirnya baginda memeluk agama Islam dan tinggal di Samudera Pasai yang pada waktu itu dipimpin oleh Sultan Malik As Saleh atau Meurah Silu.
Sang Tawal telah memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Malayur dari Kilatan (Kelantan) ke Phattalung berdekatan dengan Ligor. Baginda telah menamakan Kerajaan ini sebagai Kerajaan Malayur. Perpindahan pusat pemerintahan ini dilakukan untuk menghadapi serangan Sukhotai yang semakin mengganas menawan kawasan orang Melayu. Pada tahun 1295M, Sukhotai telah berjaya mengusir Sang Tawal dari Ligor menyebabkan baginda terpaksa memindahkan sekali lagi ibu kota Langkasuka (Malayur) ke Pattani iaitu kawasan yang lebih selatan. Puteri Baginda iaitu Arduja Wijayamala Singha Cik Siti Wan Kembang I telah menubuhkan angkatan tentera yang terdiri daripada balu dan wanita untuk menentang Sukhotai. Cik Siti Wan Kembang telah berjaya memenggal Raja Sukhotai iaitu Rama Khamheang.

=================

Baca juga:

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...