Langsung ke konten utama

KESULTHANAN JOHOR - RIAU KEMBALI BERSATU

Ilustrasi Gambar: twitter


FB Seri Cendikiawan - Selepas kemangkatan Sultan Husin, puteranya Tengku Ali telah sedaya upaya cuba untuk menjadi Sultan bagi wilayah Singapura dan Johor namun tiada yang menghiraukannya. Para pembesar kerajaan Kesultanan Johor Lama semuanya taat setia kepada Sultan Mahmud Muzaffar Syah ( 1841-1857 ) yang bersemayam di Riau. Pengganti kepada Temenggung Abdul Rahman iaitu Temenggung Ibrahim juga terpaksa mengakui ketuanan Lingga untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Temenggung.
Bendahara Tun Ali dengan tegas tidak mahu mengiktiraf kedudukan Daeng Ibrahim sebagai Temenggung Johor selagi mana Daeng Ibrahim tidak mahu mengakui ketuanan Lingga. Oleh itu, mahu tidak mahu akhirnya pada tahun 1841, Temenggung Ibrahim terpaksa akur dengan kemahuan Bendahara itu. Walaupun telah menumpahkan setianya kepada Sultan Johor yang bersemayam di Lingga itu namun hakikat sebenar Temenggung Daeng Ibrahim merupakan anak emas kepada British.
Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan gelisah kepada Tengku Ali yang sejak sekian lama menanti untuk diiktiraf sebagai Sultan bagi wilayah Johor. Walaupun telah berkali-kali menghantar surat kepada British untuk mengiktirafnya sebagai Sultan namun British selalu menolak permintaan beliau itu. Lagipun British langsung tidak mempunyai kepentingan untuk melantiknya sebagai Sultan Johor kerana British sudah mendapat Singapura melalui perjanjian dengan Sultan Husin dan Temenggung Abdul Rahman.
Tengku Ali pula terpaksa mengharapkan British untuk menjadi Sultan kerana semua pembesar termasuk Temenggung yang akrab dengan British itu mengakui ketuanan Lingga. Perlantikan ayahnya iaitu Sultan Husin sebelum ini pun hanya semata-mata dilakukan oleh British tanpa sokongan daripada mana-mana pembesar Johor.
“ Setelah sampailah ( Tengku Husin), maka didudukkan oleh Tuan Raffles akan dia di tengah-tengah. Maka berdirilah Tuan Raffles sebelah kanan dan Tuan Farquhar berdiri di sebelah kiri. Maka segala orang-orang putih pun masing-masing membuka cepiaunya sambil berdiri memeluk tubuh serta memberi hormat kepada Yang Dipertuan”.
- Hikayat Abdullah
Perlantikan Sultan Husin jelas bertentangan dengan adat Melayu kerana dilakukan oleh orang Putih bukannya Bendahara sebagaimana biasa. Sultan Husin pernah mengakui bahawa baginda sebenarnya terpaksa menjadi Sultan Johor kerana telah dipaksa dan diugut oleh British.
Disini kita boleh melihat permainan licik yang dilakukan oleh British. Mereka mengambil Singapura tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Selepas beberapa lama, mereka tahan pula elaun Sultan Husin selama 3 bulan sehingga menyebabkan Sultan Husin tidak mempunyai belanja, atas alasan British tiada duit. Kemudian mereka sorongkan pula perjanjian penyerahan Singapura kepada Sultan Husin untuk ditandatangani dan pada waktu itu tiba-tiba British mempunyai banyak duit pula untuk membayar ganti rugi kepada Sultan dan Temenggung.
Berbalik kepada isu pokok, selepas lama menunggu akhirnya Tengku Ali ibn Sultan Husin merasa kecewa dengan British. Maka pada bulan April 1952, beliau telah mengadap ke Lingga untuk menyerahkan kembali “wilayah Johor” kepada Sultan walaupun hakikatnya Johor itu memang Sultan yang punya. Sultan Mahmud Muzaffar Syah sangat gembira dengan tindakan yang dilakukan oleh Tengku Ali itu kerana ini bermakna Kesultanan Johor Lama sudah bersatu kembali tanpa ada tuntutan daripada mana-mana pihak lagi.
Walaupun begitu, ada satu pihak yang merasa sangat gusar dengan tindakan Tengku Ali itu iaitu British. Selepas mendapat tahu Tengku Ali pergi ke Lingga untuk menyerahkan Johor, Gabenor Blundell telah memanggil Tengku Ali ke Singapura jika tidak mahu gajinya ditahan. Tengku Ali akhirnya pulang ke Singapura.
Selepas mengetahui penyerahan Johor itu, Bendahara Tun Ali telah bertindak mengisytiharkan autonomi Pahang sebagai isyarat kepada Sultan bahawa Pahang tidak sama dengan Johor. Johor ialah kawasan pegangan manakala Pahang ialah kawasan kurnia Sultan secara zaman berzaman.
Semasa di Singapura, Sultan Mahmud Muzaffar selalu berulang alik dari Lingga untuk berjumpa dengan Tengku Ali. Ini telah menyebabkan British dan Belanda curiga dan bimbang jika-jika mereka berdua merancang untuk menyatukan Kesultanan Johor dalam erti kata yang sebenar dan seterusnya menghalau Belanda dan British dari Johor.
Walaubagaimanapun, perjanjian penyerahan oleh Tengku Ali ini tidak bertahan lama - hanya bertahan sekitar 3 tahun sahaja. Ini kerana pada 10 Mac 1855, Tengku Ali telah menandatangani perjanjian untuk menyerahkan “Johor” kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Ibrahim. Selain itu, Tengku Ali juga mahu British mengiktiraf dirinya dan keturunannya untuk memakai gelaran Sultan.
Sejak itu baginda hanya memerintah di wilayah Kesang sahaja sehingga digelar sebagai Raja Kesang. Di sepanjang pemerintahan baginda di Kesang yang mempunyai sekitar 800 orang penduduk itu, hubungan baginda dengan Johor sentiasa dalam keadaan dingin sehinggalah berlakunya Perang Jementah 1879 yang menyaksikan Kesang diletakkan di bawah pentadbiran Johor. Perang ini juga telah menyaksikan tamatnya “Kesultanan Muar”.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...