Langsung ke konten utama

Perihal Tun Hasan Temenggung

Foto: Trip Advisor

Disalin dari kiriman FB Mohd. Hakimi

Perihal Tun Hasan Temenggung
Tun Hasan Temenggung ialah anak kepada Tun Mutakhir iaitu Bendahara Melaka. Berbeza dengan ayahnya yang sukakan “sedekah”, Tun Hasan Temenggung pula sebaliknya. Beliau seorang yang mementingkan agama dan sesekali tidak akan menerima atau meminta rasuah. Kerja beliau ialah menjaga urusan perdagangan di Melaka. Jadi jika beliau seorang yang jahat pasti beliau boleh menjadi kaya dengan kerjanya itu.
Sikap Tun Hasan Temenggung yang tidak sukakan rasuah itu telah menyebabkan anak buahnya itu tidak dapat mencari duit lebih. Tetapi kadang kala anak buahnya itu, akan menggunakan alasan kedudukan kedai yang tidak betul. Oleh itu, anak buahnya akan merentangi tali untuk membetulkan semula kedudukan kedai tersebut agar tidak termasuk dalam “rizab jalan”. Dan semasa merentangkan tali tersebut, anak buah Tun Hasan Temenggung dengan sengaja dan tidak jujur akan merentangi tali tersebut masuk ke mana-mana kawasan kedai.
Jika tali tersebut terkena kedai maka kedai tersebut perlu dirobohkan namun kebanyakan saudagar tersebut lebih rela membayar seberapa jumlah tertentu bagi mengelakkan kedainya daripada dirobohkan. Dan sudah pasti kegiatan anak buahnya ini tanpa pengetahuan Tun Hasan Temenggung
Di Melaka juga ada seorang pedagang kaya iaitu Ali Manu Nayan. Kebanyakan pembesar dan Orang-Orang Kaya di Melaka pada waktu itu suka meminta rasuah daripada Ali Manu Rayan kecuali Tun Hasan Temenggung seorang sahaja sehinggakan Ali Manu Nayan ini sendiri menawarkan rasuah kepada Tun Hasan Temenggung. Kata Ali Mani Nayan, jika Tun Hasan Temenggung berdiri sahaja dihadapan kedainya, dia akan memberikan Tun Hasan Temenggung 10 tahil emas!.[ lebih RM 75k ] Tapi Tun Hasan Temenggung hanya berkata “ Nuni Haram Jadah! aku hendak engkau beri makan sedekah ( rasuah )?. Jika pada bapak-bapakmu yang lain bolehla”.
Tun Hasan Temenggung harus dijadikan idola oleh kita orang Melayu. Beliau seorang yang tegas dalam mempertahankan prinsip menolak rasuah dikala orang lain dengan sewenang-wenangnya meminta rasuah.
Selain itu, Tun Hasan Temenggung juga mempunyai jasa besar di dalam dunia fesyen Melayu. Beliau telah bertindak melabuhkan baju Melayu yang sebelumnya singkat, beliau juga memanjangkan lengan baju dan juga membesarkan pangkal tangan. Sebelum baju Melayu ini diubahsuai oleh Tun Hasan Temenggung, untuk membuat baju Melayu ini hanya memerlukan kain sebanyak 4 hasta sahaja.
Bayangkan dengan 4 hasta kain sudah tentu banyak bahagian badan yang terjojol keluar. Selain baju Melayu, Tun Hasan Temenggung juga telah mereka semula baju kurung dengan melabuhkan dan melonggarkan baju tersebut.
Malangnya, seorang yang setia dan berbakat ini telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana fitnah daripada Raja Mandeliar dan Si Kitol. Hukuman bunuh tersebut telah dijatuhi oleh Sultan Mahmud terhadap 4 orang iaitu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutakhir, Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja ( ayah Tun Ali ) dan Tun Ali ( suami Tun Fatimah).
Walaupun Tun Hasan Temenggung dihukum bunuh sebagai seorang “pengkhianat” namun keturunannya iaitu Paduka Raja Tun Mamad telah muncul kembali dalam sejarah dengan menjawat jawatan Bendahara Johor yang ke-18 semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Syah I dan Sultan Mahmud Syah II ( Marhum Mangkat Dijulang ).
Sumber : Seri Cendekiawan



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...