Langsung ke konten utama

Fakta Menarik tentang Asal Usul Melayu Menurut Kajian DNA

 

Pict: wikipedia


FB Revolusi Anak Muda Malaya | Pernahkah kita bertanya dari mana asalnya bangsa Melayu. Siapakah Melayu itu sebenarnya. Asal-usul bangsa Melayu itu dikatakan sebagai satu misteri. Bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan.

Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.

Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).[1]

Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu.

Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Jazairah Melayu menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju.

Menurut Prof. Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" yang berasal dari perkataan Jawa yang memberi erti "lari atau hijrah" ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese @ Tanah Emas) ataupun ada pendapat yang menyatakan makna Melayu itu memberi erti "layu" atau dari perkataan Perancis (malaise) hanyalah hipotesis semata-mata dan terbukti tidak benar.

Menurut beliau perkataan "malaya" dalam sanskrit dan "malai" dalam Tamil membawa maksud bukit. Setakat ini, antara bukti fizikal yang diketahui yang dapat dikaitkan dengan nama "Melayu" di Alam Melayu adalah di Jambi.

Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari (sebatang sungai di Jambi), sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Sebenarnya istilah Melayu itu sendiri sudah lama wujud di dalam teks sejarah.[2]

Malah, istilah Malayu telah ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada 1286 di Padang Ruku (Roko @ Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh 1029 Masehi.

Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum).

Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet.

Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini. Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo).

Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu.

Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautankerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.

=====

Catatan Kaki oleh Admin:

[1] Ada yang mengatakan dari Campa

[2] Kerajaan itu bernama Malayapura, terletak di Dharmasraya sekarang, Provinsi Sumatera Barat, bukan Jambi.

=====

Baca Juga:

  1. Antara Melayu & DNA
  2. Kedah & Keturah


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...