Langsung ke konten utama

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate

 Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan

KISAH KETURUNAN CHE.
Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka.
Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya.
Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya kepada cucu, adalah lebih baik letak nama yang lebih elok dan mulia.
Hal ini ada penulis bincangkan di facebook dan ia membuahkan hasil yang menarik berkenaan gelaran ini, dapat dirumuskan bahawa gelaran Che ini membawa kepada empat signifikan iaitu:
1. Gelaran Che adalah gelaran pahlawan dari Champa.
2. Gelaran Che dari keturunan Bugis di Terengganu.
3. Gelaran Che sebagai tanda bekas dari Keturunan Long Ghafar…
4. Gelaran Che kepada anak yang ibunya dari keturunan Wan tetapi bapanya orang biasa
Siginifikan yang pertama adalah perkara yang tidak dapat ditolak kerana Kesultanan Kelantan mempunyai hubungan terus dengan Kesultanan Champa namun sayangnya, kesultanan telah tamat pemerintahannya dalam tahun 1832 selepas diusir oleh Dai Viet iaitu bangsa Viet yang menubuhkan Vietnam. Kemungkinan besar mereka berhijrah ekoran hal ini dan medapat layan yang baik di Kelantan, khabarnya nama Pengkalan Chepa pun dinamakan sempena negara Champa. Kesultanan Kelantan dan Champa mempunyai hubungan erat ketika Dinasti Kedatuan Jembal di Kelantan, sistem kedatuan adalah sistem pentadbiran feudal dari Patani yang pada masa itu menguasai Kelantan, hal ini kita boleh bincang dalam artikel yang lain nanti.
Signifikan yang kedua iaitu keturunan Bugis di Terengganu yang memakai gelaran Che mungkin sekali mahu membezakan mereka dari golongan bangsawan lain.
Bagi signifikan yang ketiga, gelaran Che digunakan sebagai langkah keselamatan selepas legasi Long Ghafar cuba dimansuhkan, bimbang dengan ancaman yang mendatang kerabat ini membuang gelaran mereka dan hanya memakai gelaran Che pada waktu inilah gelaran Che dipakai dikalangan mualaf di Kelantan. Oleh sebab nama dia Che pihak berkuasa di Kelantan menganggap mereka adalah mualaf dari Siam.
Signifikan keempat adalah kerana masalah persemendaan dimana golongan bangsawan wanita yang bergelar Wan atau Nik berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anaknya diletakan nama Che bagi memanjangkan warisan bangsawan dalam keluarga mereka.Panggilan Che hari ini adalah gelaran kepada saudara kita yang berpangkat ayah atau datuk dan nenek, ringkasnya gelaran ini sebenarnya adalah panggilan atau salutasi bagi yang muda menghormati yang tua, ia sebenarnya tidak perlu dibahaskan seperti mana gelaran Datuk kepada seorang individu memperoleh cucu. Asalkan gelaran tersebut elok maksudnya dan sedap disebut dan didengar, maka ia tidak menjadi kesalahan untuk digunakan.
Maka, ingatlah wahai Che-che, jika benar asal usul kamu dari Syed Husien Jamadil Kubra, jadi lah orang yg melaksanakan perintah Nya. Kerana keturunan bukan kayu ukur kita ini selamat di belakang hari. Jadi...
Jangan cedok ilmu orang sedangkan kau malas nak mencari.
Jangan rasa orang lain sesat sedangkan kau tidak berguru.
Jangan merasa diri berilmu sedangkan kita ini tidak ke majlis ilmu.
Jangan rasa kita ini sehalaqah dengan ulama sedangkan kita ini insan yang masih lagi mentah dan kurang adab.
Jangan sibuk ikut ikut amalan yang di Google dan gunakan logik akal cetek mu untuk meyakinkan diri mu sendiri .
Jika kau tahu tanggungjawab beratmu pasti kau tidak ketawa berdekah dekah.
Picit play di Youtube tidak mencukupi. Pergi cari guru yang bersanad agar terbukti ilmu nya itu terus dari Rasulullah.
Ini pesan ku buat yang sedarah dengan ku.
-CHE DIN-
SUMBER: SEJARAH KELANTAN


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...