Langsung ke konten utama

Bismillah; di Masa Jahiliyah


Rabbanians | Bila kita baca kisah Perjanjian Hudaibiyah, pasti akan terjumpa berkenaan isu perkataan bismillah, apabila wakil Quraisy Suhail bin Amr telah membantah ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan Ali bin Abi Talib untuk menulis بسم الله الرحمن الرحيم pada awal text perjanjian tu, kerana dia tidak pernah dengar atau tahu tentang perkataan itu sebelum ini. Sebaliknya dia meminta untuk ditulis Bismik Allāhumma بسمك اللهم dan Rasulullah s.a.w kemudiannya bersetuju.

Dari episod kecil ini kita boleh faham bahawa frasa بسم الله الرحمن الرحيم tidak digunakan oleh orang Arab pada zaman sebelum Islam. Kebelakangan ini beberapa bukti fizikal dalam bentuk ukiran dalam tulisan Paleo-Arabic(tulisan Arab pra Islam) telah menguatkan kisah yang dicatatkan ini. Terjemahan kandungan tulisan-tulisan yang dijumpai di sekitar Tabuk dan Ta'if itu adalah seperti berikut : 1. Bismik Rabbanā(dengan nama tuhan kami) saya Ḥanẓalah ibn ʻAbd ʻAmr, saya menyeru agar bertaqwa kepada Allah(أوصي ببر الله ) 2. Bismik Rabbanā saya ʻAbd Al-'Uzza ibn Sufyān,saya menyeru agar bertaqwa kepada Allah(أوصي ببر الله ). 3. Bismik Allāhumma,  saya ʻAbd Shams ibn al-Mughīrah, memohon keampunan untuk dosanya. 4. Bismik Allāhumma, saya Ḥabīb ibn ʻAwf. Seperti yang boleh dilihat, tiada satu pun menggunakan frasa بسم الله الرحمن الرحيم., dan nama-nama penulis kebanyakannya nama-nama jahiliah (ʻAbd Shams, ʻAbd ʻAmr, ʻAbd Al-'Uzza) Inskripsi no 1 tu agak menarik, ianya berkemungkinan ditulis oleh sahabat Nabi, Hanzalah ibn Abi 'Amir, yang masyhur dengan kisahnya syahid di medan Uhud dalam keadaan tidak sempat mandi junub dan jenazahnya dimandikan oleh malaikat. Disebabkan pada inskripsi tu ditulis Hanzalah ibn ʻAbd ʻAmr(ʻAbd ʻAmr merupakan nama jahiliyyah) instead of Abi Amir iaitu laqab nya, pakar-pakar epigraphy berpendapat yang ianya ditulis sebelum Hanzalah memeluk Islam. Menarik betul bila ikut perkembangan epigraphy ni. Terutamanya bila ada penemuan-penemuan yang menguatkan sumber-sumber bertulis tradisional. Oleh: Abdullah Ashraf R




Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...