Langsung ke konten utama

Bangsa Melayu bukan Suku

 

FB Nurul Kejora Muhammad | "Adakah suku Melayu di Indonesia sama dengan suku Melayu di Malaysia ?

JAWABAN: Di Malaysia tidak ada yang dinamakan suku Melayu. Di sini kami dipanggil Bangsa Melayu. Definisi Melayu di Malaysia dan Indonesia sangat berbeda. Di Indonesia, Suku Melayu adalah salah satu dari banyak suku-suku yang membentuk Bangsa Indonesia. Suku Melayu itu Melayu [merujuk kepada sebagian kecil puak Melayu di Indonesia, adapun puak lain didefenisikan sebagai suku yang berbeda], suku Jawa itu Jawa, suku Minang itu Minang. Tidak sama.

Di Malaysia, Bangsa Melayu terdiri daripada suku Jawa, suku Banjar, suku Mandailing, suku Bugis, suku Melayu, suku Minang, Melayu Patani, Melayu Champa, Melayu Kedah, Melayu Pahang, Melayu Kelantan, Melayu Sarawak dan semua suku-suku yang mengamalkan cara hidup Melayu, berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama ISLAM.

Justru itulah, kita dapat lihat selain dari pada Melayu Anak Negeri seperti Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang dan sebagainya yang memang berasal dari tanah Semenanjung, kumpulan-kumpulan "Melayu Anak Dagang" yang berasal dari seluruh kepulauan Melayu tetapi berhijrah ke Semenanjung seperti Jawa, Bugis, Rawa, Minang, Acheh, dan sebagainya juga dipanggil sebagai ‘Melayu’.

Namun begitu, disebabkan Perlembagaan di Malaysia telah mengikat Melayu itu mesti beragama Islam, maka beberapa rumpun Melayu lain seperti Orang Asli (aborigine people), Melanau, Iban, Dusun, dan sebagainya tidak ditakrifkan sebagai ‘Melayu’ di Malaysia. Sebenarnya, definisi "BANGSA MELAYU" atau Rumpun Melayu itu lebih luas daripada itu. (BANGSA Melayu itu berbeda dengan SUKU Melayu). BANGSA Melayu adalah nama lain bagi AUSTRONESIA dan merupakan Sub Bangsa kepada Mongoloid (Mongolia, China, Jepun, Korea dan sebagainya).

Menurut Saintis Jerman, Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), The Malay Race ini adalah bangsa rumpun Melayu yang menghuni kawasan yang dikenali sebagai "Malay Archipelago" atau di Jawa dinamai Nusantara yang terdiri dari Nalambi di Madagascar membawa ke negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand, sehingga ke Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Samoa, Tahiti dan Hawaii.

Malah bangsa Melayu pernah membentuk kerajaan yang kuat di Kemboja dan Vietnam (Kerajaan Melayu Champa) dan Patani di Selatan Thailand. Bahasa Tagalog iaitu bahasa rasmi di Filipina juga mempunyai banyak suku kata yang sama dengan bahasa Melayu. Malah, pejuang kemerdekaannya yang terkenal iaitu Jose Rizal dikenali sebagai "Pride of a Malay Race". Malah beberapa patah perkataan Hawaii turut mengandungi perkataan yang sama dengan bahasa induk Melayu seperti contoh dua (2), lima (5), ono (6).

Secara kesimpulan, dari beberapa penerangan di atas, definisi "Melayu" secara jeneral terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Rumpun Melayu. Semua orang Austronesia termasuk dalam rumpun Melayu iaitu suku Banjar, suku Jawa, suku Melayu, Melayu Malaysia, Filipina, Champa, Patani (tidak termasuk orang Vietnam dan Siam), dan lain lain. Orang Siam (bukan Patani) dan Vietnam tidak dikategorikan dalam kumpulan ini kerana budaya, adat istiadat dan perwatakan mereka lebih mirip kepada IndoChina.

2. Bangsa Melayu Malaysia (yang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu). Orang Jawa, Sunda, Patani, Minang, Bugis, Melayu Pahang dan semua suku asal Nusantara yang beragama Islam termasuk dalam golongan ini sekaligus orang Filipina yang beragama Kristen dan orang Bali yang beragama Hindu tidak termasuk dalam kategori ini.

3. Suku Melayu. (suku Melayu yang menghuni Jambi, Riau, Bengkulu, Sumatera, Pontianak dan lain lain suku Melayu di Indonesia).

Jadi usah keliru jika teman-teman Indonesia mendapati budaya milik suku Jawa, Minang, Aceh dan sebagainya turut dilestarikan di Malaysia kerana di sini memang wujud ramai sekali suku Jawa, Bugis, Aceh, Minang dan sebagainya. Bedanya, di Malaysia, mereka di kenali sebagai "Bangsa Melayu" atas sebab sebab politik dan penyatuan saudara.

Kredit Copy & Paste : Aimir Syah, 19 April 2020."

======

Gambar: reddit

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...