Langsung ke konten utama

Kapal Mendam Berahi


FB Siti ZulaikhaRatusan tahun yang lampau, Pelayar² dan armada dari kerajaan / negara luar seperti Portugis , China dan lain-lainnya terkejut melihat kemegahan dan kebesaran kapal Kerajaan Melayu , 3-4 kali ganda besar dari kapal mereka. Mereka ingat kapal mereka paling besar, tapi bila datang ke Alam Melayu baru mereka sedar ada Kapal/Jong yang jauh lebih besar dan berteknologi dari mereka.

Antara kapal-kapal dari jenis Jong/Ghali kebanggaan kita ketika zaman Kesultanan Melaka dahulu, adalah kapal Mendam Berahi, Kapal Sairul Amin, Miratus Safa, Kapal Batil Suasa, Kapal Rancung Mengkuang, dan Kapal Sekepar. Ini hanyalah senarai kapal-kapal yang terbesar tak masuk kapal lain lagi. Yang paling istimewa bagi saya adalah Kapal Mendam Berahi, Sebab Kapten kat kapal tu adalah Dato Laksamana Hang Tuah.
"Mendam Berahi = Lupa Daratan Kerana Cinta"
Kapal Mendam Berahi adalah sebuah kapal jenis ghali/gholi yang amat berbeza sekali dengan kapal-kapal lain yang sezaman dengannya. Kapal ini jauh lebih besar daripada kapal "Flor De La Mar" kat Melaka tu. Ianya dibina pada Tahun 1453 M.
Seperti yang saya katakan tadi, Kapal Mendam Berahi ini diterajui ataupun diketuai oleh Dato Laksamana Hang Tuah kemanapun ia berlayar, Sungguh kapal ini amat besar dan begitu gah menyusuri seluas lautan di dunia. Ianya adalah lambang keagungan dan kemegahan Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu.
Panjang kapal ini ialah 328 kaki dan lebarnya pula 36 kaki. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia dibina dengan kaedah pasak. Kapal ini mempunyai 7 tingkat di mana 2 tingkat berada di bawah paras air dan 5 tingkat lagi berada di atas. Terdapat tiga tiang layar utama, layar yang terletak di tengah-tengah disebut sebagai layar agung. Kapal yang besar ini turut mempunyai dayung berjumlah 100 buah yang menempatkan 50 di kiri dan 50 di kanan, Setiap dayung pula dikendalikan oleh 2 orang dan itu bermakna pendayung saja ada 200 orang.
Kapal ini mempunyai 2 dek. Dek di belakang adalah untuk raja yang dibalut dengan kain baldu berwarna kuning. Pemegang di dek ini diperbuat dari emas. Pada dek hadapan pula adalah untuk orang-orang kebanyakan dan Dek hadapan ini dilengkapi dengan 5 buah meriam besar dan berpuluh-puluh lagi meriam di sisi-sisi kapal termasuklah lela, rentaka serta pemuras dan lain-lain senjata.
Muatan kapal ini dianggarkan sekitar 500 ke 700 tan. Di muncung kapal diperbuat dari teras kayu cengal batu , diruncing dan ditajamkan (Ramming Beam) Fungsinya ialah untuk merempuh dan menghancurkan kapal lain apabila bertemu musuh, Caranya dengan menurukan layar dan pendayung akan mendayung laju ke arah badan kapal musuh dan merempuh kapal tersebut hingga berkecai serta para perajurit akan melompat ke kapal musuh. Hebat bukan ? Mendam Berahi ini amat digeruni di lautan apatah di perairan selat melaka.
Dalam catatan sejahrawan Portugis iaitu Gasper Corriea dalam bukunya "Lendas Da India (Legend Of India)" beliau turut menyelitkan keagungan dan kehebatan Kapal Mendam Berahi buatan Melayu ini , Beliau begitu kagum dengan dinding kapal ini yang begitu tinggi sehinggakan tiada siapa mampu memanjat , Malah ribut dan taufan bukan penghalang bagi Kapal Mendam Berahi ini, Walaupun dibedil kapal musuh ianya tetap kukuh dan tidak karam. Kerana dinding kapal ini mempunyai 4 Lapisan kayu yang begitu keras dan walau dibedil oleh meriam Portugis ianya hanya mampu menembusi 2 lapisan dinding kapal Mendam Berahi.
Dato Laksamana Hang Tuah pernah ke siam untuk membeli gajah menggunakan kapal mendam Berahi , Ketika itu kapal ini mampu memuatkan sehingga 20 ekor gajah, Dan ketika itu juga di atas kapal ini dilengkapi dengan peralatan perang seperti rentaka, meriam dan senjata lain, berpuluh ekor kuda perang dan beratus orang tentera. Jadi korang bayanglah luas mana kapal Mendam Berahi yang Gah ini ditambah pula Kapal ini diketuai oleh Hulubalang Termasyur Melaka Dato Laksamana Hang Tuah setiap kali ia berlayar menyusuri lautan.
Kapal ini pernah digunakan oleh Sultan Mahmud Syah ketika baginda mahu meminang puteri raja Majapahit. Kapal ini turut ke China ketika Dato Laksamana Hang Tuah diutus sebagai duta Sultan Melaka ke Kota Larangan Maharaja Dinasti Ming. Ketika ia berlabuh di china pastinya orang-orang di china ketika itu terkejut dan begitu kagum dengan Kapal Mendam Berahi sehinggakan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka, Kerana mereka mempercayai buatan dan teknologi pembuatan kapal di Melaka ketika itu begitu hebat.
Kapal Mendam Berahi juga pernah berlayar ke Jedah sewaktu Dato Laksamana Hang Tuah menunaikan haji, Beliau bersama rombongan terdiri daripada Maharaja setia, Maharaja dewa, 16 orang orang besar/pegawai dan 1,600 anak buah kapal. Kapal Mendam Berahi ni pergi berpasangan dengan Kapal Sairul Alamin yang tidak kurang juga hebat dan besarnya seperti Kapal Mendam Berahi. Mana² armada laut yang bertembung dengan rombongan dari Kesultanan Melaka ini pasti terkejut dan merasa gerun melihat betapa Gahnya dua Kapal ini.
Pelayaran Hang Tuah ke Jeddah mengambil masa dua bulan lebih, Dan pada tahun yang sama juga yakni 1482 M, Kapal ini berlayar ke Rum, Selain itu Dato Laksamana Hang Tuah juga mengetuai Kapal Mendam Berahi ini pergi ke Ryukyu, China, Mesir, Sri Lanka, Istanbul, Aceh, Palembang, Bentan, Lingga, Brunei, Siam dan beberapa tempat lagi.
Inilah sedikit sebanyak sejarah kehebatan kapal perang Mendam Berahi yang perlu kita ingati. Kita harus bangga bahawa nenek moyang Melayu kita dahulu merupakan orang-orang yang hebat. Mereka handal dalam apa jua bidang dari pertukangan sehinggalah ilmu pelayaran membaca angin , cuaca dan arah. Walaupun kapal ini sudah tiada untuk kita melihat dengan dua mata kepala kita tetapi ada banyak catatan termasuk catatan tom pires mengenai besarnya kapal ini dan kisah-kisah kehebatannya yang masih terpahat dan tersimpan dalam lipatan sejarah dan akan terus dikenang sampai bila-bila.
Saya memang sangat tersangat mengharapkan agar ada usaha dari Kerajaan untuk membina kembali Kapal Mendam Berahi yang begitu Agung ini pada suatu ketika dahulu , Semoga suatu hari nanti, impian seluruh pelusuk orang yang ingin melihat kapal ini dibangunkan semula dapat direalisasikan. Aamiin Ya Mujib.
*Rahsia : dimana agaknya kapal mendam berahi ini berada hehe. InsyaAllah boleh jadi ianya akan muncul semula dan digunakan untuk perang akhir zaman kelak. Wallahu'alam Daen
Kredit : Tengku Daeng Mawelle

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...