Langsung ke konten utama

Kisah Si Tanggang

 

Gambar: Akak Di Sebalik Pintu

NAKHODA SI TENGGANG.
FB Habidah Nordin - Kata-kata derhaka dan hinaan Si Tenggang terhadap ibunya sebelum disumpah menjadi batu!!
Mak Umpit : Oh , Tanggang anakku ! Tidakkah kau kenal lagi ibumu ini ?
(Si Tenggang berasa terkejut dengan kedatangan ibunya itu di bahtera kapal layarnya.Si Tenggang berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua berpakaian lusuh itu adalah ibu kandungnya....,lalu Si Tenggang pun menghalau ibunya turun dari kapal..)
Si Tenggang : Hei....perempuan tua! Jangan kau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini....Aku anak orang kaya tau!! Lebih baik kau berambus dari bahteraku ini....!!
Mak Umpit : Tanggang....ibu ada bawak makanan sukaan kau nak....lotong panggang dan pisang bakar nakk....nahh ambil ini nakk..
(Si Tenggang terus melempar lotong panggang (sejenis kera) dan pisang bakar pemberian ibunya itu ke dalam laut....)
Ibu Si Tenggang : Tangganggg....!! Aku ibu kau nak....sampai hati kau buat begini pada ibu , nak....
Nakhoda Si Tenggang : Ahh....sudah berapa kali lagi mau aku katakan !! Kau bukan ibu ku !!
(Sambil mencapai pendayung Si Tanggang terus memukul ibunya dan akibatnya dahi ibunya luka berdarah....!!)
'Pengawal , halau perempuan tua ini , hamba benci melihatnya !!
(Kerana terlalu sedih , Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri.Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai.Setibanya Mak Umpit di pantai , dia terus menadah tangan ke langit dan berseru kepada Tuhan ;
Ibu Si Tenggang : Oh, Tuhanku ! kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang ku susui dari tetek ku ini (sambil menggoncang-goncangkan buah dadanya), dan aku pelihara sejak kecil sebesar tapak tanganku ini , Tunjukkanlah balasan-MU ke atas anak yang durhaka !!
(Tidak semena-mena laut yang tadi tenangnya telah bertukar menjadi gelora , hujan ribut dan kilat berserta guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tibanya.Terdengarlah suara anak-anak kapal riuh-rendah di dalam bahtera.Dalam riuh-rendah itu , terdengarlah suara Si Tanggang melaung....
'Ibu....ibu....ibu....ampunkan dosa Tanggang bu....Tanggang ini anak ibu....ibu ampunkan Tanggang bu....Ampunkan Tanggang bu....ampunkan Tanggang bu....
Bahtera Si Tanggang semakin karam....pekikan dan lolongan orang-orang di dalamnya semakin hilang....akhirnya....Tanggang , isterinya dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....
Kisah ini lebih awal lagi telah dirakamkan pada tahun 1900 dalam buku Malay Magic yang ditulis oleh Walter William Skeat sebagai satu cerita rakyat berjudul Charitra Megat Sajobang dalam buku Malay Magic (1900) , muka-surat 54 dan 55 dicetak oleh The Macmillan Company : New York , yang diceritakan oleh orang Melayu Selangor Ulu Kelang.Ia jelas membuktikan bahawa ia telahpun menjadi kisah rakyat pada tahun 1800-an lagi di Selangor.
Beberapa tempat di kepulauan Melayu dikaitkan dengan kisah teladan Si Tanggang.Antaranya ialah Jong Batu di Brunei , Batu Caves , Selangor dan Bukit Treh , Johor serta Batu Malin Kundang di pantai Air Manis , Padang Sumatera Barat.Tempat-tempat ini , menurut kepercayaan masyarakat setempat , mengandungi bekas sejarah Si Tanggang menjadi batu.
Kisah teladan Melayu , Si Tanggang disampaikan secara lisan.Oleh itu , ia mempunyai banyak versi yang berbeza mengikut tempat di Nusantara.
*Gambar Sekadar Hiasan
Sumber: Cerita Rakyat

====================

Baca Juga:

Legenda SI Tangahng Yang Ramai Orang Tak Tahu


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...