Langsung ke konten utama

Minangkabau ialah Puak Melayu




MINANGKABAU ADALAH SUB-ETNIK MELAYU!
Disalin dari kiriman FB Misykat Rahman
Pertanyaan saya, apakah membuat seseorang menjadi Melayu? Kenapa Johor-Riau itu Melayu? Kenapa Palembang/Kelantan-Pattani/Kedah yang adat dan bahasanya 100% berbeza dengan Johor-Riau dianggap sebagai Melayu ?
Menurut Lembaga Adat Melayu, seseorang itu dianggap sebagai Melayu jika:
  1. Berbahasa Melayu
    Bahasa Melayu memiliki banyak dialek. Ada Melayu Riau, Melayu Jambi, Melayu Sarawak dll. Lalu adakah Bahasa Minangkabau itu merupakan dialek Melayu ?
Berdasarkan penelitian yang dijalankan di Universiti Malaya tahun 2015 dengan Jurnal berjudul "Contact of Dialect Clusters: The Malay Peninsula and Sumatra", Bahasa Minangkabau memiliki kesamaan kata hingga 93% dengan Bahasa Melayu Piawai/Standar berdasarkan Daftar 200 Kata Swadesh. Bahasa yang memiliki kemiripan diatas 80% dikategorikan sebagai dialek dan bukan bahasa yang tersendiri.
Berikut tautan kepada penelitian tersebut di Open Journal of Modern Linguistic, 2015 jika anda ingin membaca versi lengkapnya, silahkan klik DISINI
  1. Mengamalkan Adat Melayu
    Pasti anda sebagai orang Melayu Johor-Riau bingung kenapa saya sampai menyentuh bab adat.
Kalau anda orang Riau, pasti anda tahu Melayu Kuansing, Melayu Rokan Hulu dan Melayu Kampar.
Saya ingin bertanya, adakah mereka mengamalkan Adat Melayu sama seperti Melayu anda?
Kemudian adakah mereka menganut garis Patrilineal sama seperti Melayu lainnya?
Jawapannya adalah tidak! Melayu Rokan Hulu, Melayu Kampar dan Melayu Kuansing mengamalkan Adat Melayu yang bernama Adat Perpatih.
Menurut Lembaga Adat Melayu, terdapat dua jenis Adat Melayu yaitu Adat Temenggung (Diamalkan oleh sebagian besar Melayu) dan Adat Perpatih (Melayu Daratan, Negeri Sembilan dan Melayu Jambi Hulu).
Tahukah siapa pengasas kedua-dua adat itu? Tidak lain dan tidak bukan iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemenggungan.
Mereka berdua adalah Datuk Moyang orang Minangkabau dan ada ceritanya dalam Tambo Alam Minangkabau.
Orang Minangkabau sama seperti orang Melayu Daratan dan Jambi Hulu mengamalkan Adat Perpatih.
  1. Menganut Agama Islam
    Semua Orang Minang adalah Muslim dan jika keluar dari Islam maka keluar dari Minangkabau. Begitu juga Melayu, jika seseorang itu Murtad bererti keluar dari Melayu.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga argumen hujah tersebut, maka sudah jelas sekali bahwa Minangkabau adalah sub-suku/sub-etnik Melayu sama seperti Jambi, Palembang dll. Sungguh sempit sepertinya jika hanya menggambarkan Melayu sebatas hanya pada Riau Pesisir.
TAMBAHAN FAKTA:
Gelaran Adat di Minang hampir sama dengan Gelaran di Melayu pada umumnya. Di Minang tidak ada gelaran Raden, Ratu, Permas, Ayu, Adipati atau gelaran yg berbau Kejawaan seperti di Palembang atau Jambi:
Datuak : Datuk
Tan : Tan Seri
Sidi : Syed
Bagindo : Baginda
Tuanku : Tengku atau Tunku
Rajo Mudo : Raja Muda
Bandaro : Bendahara
Rajo Kaciak : Raja Kecil
Marajolelo : Maharaja Lela
Sutan : Sultan
Yang Dipertuan : Yang Dipertuan
Manti : Menteri
Dubalang : Hulubalang
Patih : Patih
Magek : Megat
Malin : Malim
Laksamano : Laksamana
Puan : Puan

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...