Langsung ke konten utama

Menara Jam Seremban

 


Disalin dari kiriman FB Syafwan Yusof
Menara Jam Seremban Mercu tanda Seremban masa lalu
Menara Jam Seremban adalah merupakan salah satu menara jam yang terbesar di Malaysia ketika itu. Menara jam ini dibina oleh Majlis Perbandaran Seremban pada awal tahun 1981 bersempena dengan pembangunan Terminal Bas Seremban yang baru. Kedudukannya atas titik pertemuan Jalan Sungai Ujong dan Jalan Tuanku Munawir berhadapan muara Sungai Ujong adalah amat strategik bagi memberitahu orang ramai disinilah Bandar Seremban.


Menara Jam Seremban Ikon Bandar Seremban
Menara Jam Seremban ini mengambil ilham kepada Menara Jam Gadang di Bukit Tinggi Indonesia, ketika ini hubungan antara Kerajaan Negeri dan Pihak Provisi Sumatera Barat adalah sangat akrab di sebabkan adat Minangkabau yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat kedua-dua buah negeri ini. Rupa bentuk menara jam ini kemungkinan diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu Dato' Seri Utama Rais Bin Yatim, beliau juga merupakan Yang Dipertua pertama Majlis Perbandaran Seremban.
Mengambil ilham Jam Gadang di Sumatera Barat Berketinggian 18 meter, Jam besar ini bergerak secara mekanikal dan terdiri dari empat buah jam/empat muka jam yang menghadap ke empat arah penjuru mata angin dengan setiap muka jam berdiameter 80 cm. Menara jam ini direka bentuk dengan mengikut reka bentuk bangunan Minangkabau dengan atas atapnya melengkung seolah-olah seperti tanduk kerbau. Tiangnya pula mengambil ilham dari ruang depan bangunan Istana Gadang di Minangkabau. Walau bagaimanapun tidak diketahui siapakah arkitek bangunan menara jam ini. Menara Jam ini satu ketika dahulu akan berbunyi sekiranya jarum jam menunjukkan pukul 12 tenga hari atau 12 tengah malam.
Bangunan ini menjadi mercu tanda kepada Bandar Seremban, ramai dari pelancong luar tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Menara Jam Seremban ini. Menara Jam Seremban ini juga menjadi panduan kepada orang ramai mengenai waktu dan masa terkini.
Setelah berkhidmat untuk Bandar Seremban selama 14 tahun, akhirnya Menara Jam kebanggaan penduduk Seremban ini diruntuhkan pada tahun 1994 untuk memberi laluan kepada pembangunan Terminal Bas yang baru.
Gambar terakhir yang dapat dirakam pada tahun 1993 perhatikan kepada kayu yang reput dan logo MPS telah ditukar kepada penaja.
Namun begitu kenangan serta signifikannya kepada masyarakat Negeri Sembilan terutamanya penduduk Seremban tidak akan dilupakan begitu sahaja. Menara Jam Seremban akan terus dikenang sebagai ikon Bandar Seremban yang telah hilang..



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...