Langsung ke konten utama

KAMPUNG PADANG BALANG. PERKAMPUNGAN ORANG MINANGKABAU DI KUALA LUMPUR.

Ilustrasi gambar: viator.com

Disalin dari kiriman FB Aal Piliang


Kampung Padang Balang ialah kampung tertua yang masih wujud di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Kampung ini mendapat namanya dari peneroka pertamanya yaitu Datuk Ampat Balang yang membuka kampung ini sekitar tahun 1840.
Datuk Ampat Balang membawa masyarakat Minangkabau dari Batang Kapas, Pesisir Selatan, Sumatra Barat, yang melarikan diri dari penjajahan Belanda sewaktu Perang Padri.
Pada awalnya, Padang Balang terdiri dari berbagai penempatan suku Minangkabau di Gombak. Ia juga dikenali oleh orang Minangkabau sebagai Serambut atau Segambut.
Versi lain mengatakan bahwa Kampung Padang Balang dan kawasan sekitarnya mula diteroka sekitar tahun 1840 oleh Tok Balang, Tok Sati, Tok Samang, dan Tok Jahan dari Minangkabau, Sumatra.
Tok Balang merupakan salah satu dari dua tokoh yang dominan dan beliau telah menjadi ketua kampung. Penduduk kampung ini terbagi kepada dua kelompok besar masyarakat Minangkabau, yaitu dari Batang Kapeh (Pesisir Selatan) dan Kuantan Singingi. Walaupun berasal dari keturunan Minang, kedua-duanya mempunyai dialek yang berbeda. Nama kampung ini diambil dari nama Tok Balang.
Ada pula versi yang mengatakan bahwa nama kampung ini dinamakan sempena kawasan padang yang terdapat pokok lalang yang daunnya berbelang di Kampung Padang Balang Hilir. Mengikut logat Minangkabau, belang disebut "balang".
Oleh karena itu, penempatan ini pada awalnya disebut "Kampung Padang Lalang Daun Berbelang-belang". Apabila diringkaskan disebut "Kampung Padang Balang".
Penduduk awal kampung itu bekerja sebagai petani dan pesawah. Penduduknya mula bekerja pelbagai tugas di stesen Sentul Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) apabila ia diwujudkan sekitar 1940-an.
Bermula 1960-an, kampung ini mula dimasuki penduduk-penduduk dari serata Malaysia apabila penduduk asal mula menjual tanah. Namun, penduduknya 100 peratus Melayu.
Kampung Padang Balang yang terletak sembilan kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur merupakan satu-satunya kampung Melayu tradisi yang masih tinggal di pinggir metropolitan tersebut.
Pelbagai adat resam dan budaya orang Melayu beragama Islam seperti bergotong royong, berzanji dan marhaban bersempena upacara gunting rambut bayi, pencak silat, berkhatan beramai, khatam al-Quran dan berkompang menyambut tetamu masih diamalkan di kampung tersebut.
Terdapat juga kerja tangan secara tradisi seperti membuat batik, keropok lekor dan membuat serta membaikpulih kompang diusahakan di sini.
Luas kampung sekitar 240 ekar atau enam kilometer persegi, berstatuskan Tanah Rizab Melayu yang diwartakan pada 10 Januari 1916 merupakan beberapa rizab Melayu yang masih bertahan di Kuala Lumpur.
Terletak dalam mukim Setapak, di daerah Gombak, sebelum wujud Wilayah Persekutuan, pemilik tanahnya mempunyai `geran merah’ berstatus pertanian.
Sempadan kampung ini dengan jirannya adalah, di bahagian utara, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Taman Rowther dan Taman Melewar; di bahagian timur pula, Kampung Changkat dan Sungai Gombak di seberang sungai adalah Kampung Sungai Mulia dan Kampung Bandar Dalam dan di bahagian selatan, Kampung Chubadak Hulu dan Lebuhraya Duke dan di bahagian barat, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Rujukan : kosmo.com, eraadden.blogspot.com, kgpadangbalang.blogspot.com 


Versi FB Orang Wangsa Maju

Sejarah Kampung Padang Balang
Versi pertama... Kampung Padang Balang dan kawasan sekitarnya mula diteroka sekitar tahun 1840 oleh Tok Balang, Tok Sati, Tok Samang dan Tok Jahan dari Sumatera, Indonesia.
Tok Balang merupakan antara dua tokoh yang dominan dan beliau telah menjadi ketua kampung. Penduduk kampung ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu dari Batang Kapas dan Kuantan, Sumatera Barat. Walaupun daripada keturunan Minang, kedua-duanya mempunyai dialek yang berbeza. Nama kampung ini dinamakan sempena nama beliau.
Versi kedua... nama kampung ini dinamakan sempena kawasan padang yang terdapat pokok lalang daunnya berbelang di Kampung Padang Balang Hilir. Mengikut loghat Minangkabau, belang disebut balang.
Oleh itu penempatan ini pada asalnya di panggil Kampung Padang Lalang Daun Berbelang-belang. Apabila diringkaskan disebut Kampung Padang Balang.
Penduduk awal kampung itu bekerja sebagai petani dan pesawah. Penduduknya mula bekerja pelbagai tugas di stesen Sentul Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) apabila ia diwujudkan sekitar 1940-an.
Bermula 1960-an, kampung ini mula dimasuki penduduk-penduduk dari serata Malaysia apabila penduduk asal mula menjual tanah. Namun, penduduknya 100 peratus Melayu.
Aktiviti Dan Geografi
Kampung Padang Balang yang terletak sembilan kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur merupakan satunya kampung Melayu tradisi yang masih tinggal di pinggir metropolitan tersebut.
Pelbagai adat resam dan budaya orang Melayu beragama Islam seperti bergotong royong, berzanji dan marhaban bersempena upacara gunting rambut bayi, pencak silat, berkhatan beramai, khatam al-Quran dan berkompang menyambut tetamu masih diamalkan di kampung tersebut.
Terdapat juga kerja tangan secara tradisi seperti membuat batik, keropok lekor dan membuat serta membaikpulih kompang diusahakan di sini.
Luas kampung sekitar 240 ekar atau enam kilometer persegi, berstatuskan Tanah Rizab Melayu yang diwartakan pada 10 Januari 1916 merupakan beberapa rizab Melayu yang masih bertahan di Kuala Lumpur.
Terletak dalam mukim Setapak, di daerah Gombak, sebelum wujud Wilayah Persekutuan, pemilik tanahnya mempunyai `geran merah’ berstatus pertanian.
Sempadan kampung ini dengan jirannya adalah, di bahagian utara, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Taman Rowther dan Taman Melewar; di bahagian timur pula, Kampung Changkat dan Sungai Gombak di seberang sungai adalah Kampung Sungai Mulia dan Kampung Bandar Dalam dan di bahagian selatan, Kampung Chubadak Hulu dan Lebuhraya Duke dan di bahagian barat, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...