Langsung ke konten utama

Rumah Melayu kenapa tinggi-tinggi?


Foto: Kompas.com

Korang perasan tak mengapa kebanyakan rumah tradisional melayu semuanya tinggi-tinggi. Tak kiralah rumah Melaka, Rumah Pahang, Rumah Perlis atau mana-mana rumah tradisi, semuanya dibina tinggi dari tanah.
[1]
Ketinggian Rumah Melayu lama selalunya akan bermula dari batu alas/ batu tapak dimana batu ini bertujuan supaya tiang kayu rumah tidak dimakan anai2 dan mudah kena lembab tanah.[2]
Selepas itu tiang-tiang rumah akan diletakkan diatas alas/tapak dan selepas itu ruang lantai rumah akan dibina tinggi dari tanah sekurang-kurangnya ukuran tinggi badan lelaki (suami). Jadi kalau suami tu tinggi maka tinggilah rumah tu, kalau rendah comel, maka rendah comel lah rumah tu jadinya.[3]
Rumah melayu dibina tinggi adalah kerana negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat.
Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara dibawah rumah supaya rumah lebih sejuk dimana angin akan masuk melalui celahan lantai kayu.
Rumah Tradisional Melayu yang bertiang tinggi juga dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir. Secara tak lansung menyelamatkan keluarga dan harta benda.
Selain itu keadaan tinggi itu dapat membantu daripada dimasuki binatang liar, maklumlah dulu rumah melayu selalunya kelilingnya ialah hutan.
Malah ada juga sebab rumah melayu ini dibina tinggi adalah untuk keselamatan dari pencuri dan musuh daripada mudah untuk menceroboh masuk. Ada juga cerita yang kalau musuh ada dibawah rumah, tuan rumah boleh curah air panas bagi padan muka dia.
Terakhir sekali, antara sebab yang unik adalah untuk privasi. Bila tinggi sukar sedikit untuk orang lain skodeng / mengintai apa yang dibuat oleh orang dalam rumah. Tapi kalau tengok cerita melayu mesti ada jugak orang yg duk skodeng dari celah lantai tu. Tapi kalau pencuri tu pendek agaknya susah juga dia nak mengintai sebab terpaksa meloncat-loncat.. (hmm korang boleh bayangkan tak? mesti kelakar).
Ada juga kebanyakkan orang akan buat pelantar, letak meja dan kerusi atau stor bawah rumah yang tinggi ni. Kalau rumah atas panas boleh lepak bawah rumah sambil bebudak main guli, akak budak lipat baju, mak budak siang bawang, bapak budak boleh kroh kroh tido..
So geng, tu lah sebabnya ye.. Selamat menambah ilmu.

Facebook kumpulan -BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya) & Kisah Sejarah Melayu

Disalin dari kiriman FB Mohd Hakimi

________________

Catatan Kaki oleh Admin:

[1] Ciri rumah melayu ialah berupa rumah panggung, dibuat lebih tinggi sepundak atau ada yang lebih rendah sekitar selutut oranga dewasa. Ada yang dibiarkan kosong melompong pada bagian bawahnya, ada pula yang dijadikan sebagai gudang, kandang ternak, atau lumbung padi. Pada beberapa rumah ada juga yang membuat bilik di bawahnya, dan bermacam-macam kegunaan. Namun ruang bagian bawah tak pernah dijadikan ruang utama, ruang utama tetap terletak di lantai atas. Corak rumah panggung ini berbeda-beda pada setiap puak, inilah yang memperlihatkan ciri khas mereka. Bahkan pada puak tertentu antara satu wilayah dengan wilayah lain berlainan pula bentuk corak rumahnya. Sebagai contoh ialah di Minangkabau yang memiliki banyak corak ragam Rumah Gadang.

[2] Di Minangkabau disebut batu 'sandi'. Gunanya pangkal tiang tidak dimasukkan ke tanah diantaranya ialah agar tiang tidak lapuk, dan apabila terjadi gempa rumah tidak rubuh.

[3] Perihal ukuran tinggi tentulah berbeda cara dan makna pada masing-masing puak Melayu.

 



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...