Langsung ke konten utama

Pesan Nyiak Rais Yatim

Portal Parlimen Malaysia


Disalin dari kiriman FB Tun Rais Yatim

PADA hari ini jarang sekali kita menghayati Bahasa Melayu, kedudukan budaya dan warisan kita. Sedangkan Per.160 Perlembagaan Tanah Air mengutamakan soal siapa Bangsa Melayu itu dari sudut bahasa, Islam dan budaya (adat). Dalam alam pendidikan hal kaitan Budi dalam pengertian budaya tinggi tidak dipedulikan. Bahasa kita dah cacamerba macam sekerat belut sekerat ular. Mat Remoit dan penagih dadah orang kita yg juara.

Tenaga intelek kita semacam pupus tapi bilangan profesor bertambah lipat ganda. Beratus thesis Ph.D siap tiap tahun. Banyak mana yang diterjemahkan kepad inovasi bangsa?
Hebat
cerdik pandai kita masing-masing kini hingga sanggup kata tanah air tak pernah dijajah orang. Tolonglah melangkah biar setapak demi setapak, tinggi biar seranting demi seranting.
Tolonglah kaum sendiri...dalam sibuk Melayu bantai Melayu mesti ada kesungguhan:
Melayu Bina Melayu
Baru kita tak layu
Menuju ke haluan yang satu
Kepada mercu maju
Bersatu teguh
Bercerai roboh
Bila sudah maju jaya sebagai satu bahasa satu bangsa dan bersatu dalam Islam, kita pimpin masyarakat majmuk yang ekonomi mereka lebih dari kita. Mereka tak memekik-memekak tapi seperti 'pipit makan berhujan' lantas mengumpul harta dan kedudukan. Bahasa mereka maju, surat khabar mereka laku, kocek mereka berisi. Mereka tak gila politik hingga lupa bangsa.
Air yang keruh di hulu
Akan mengeruhkan air di hilir
Baiki budaya
Zuriat bahagia


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...