Langsung ke konten utama

Wasiat Dt. Parpatiah Nan Sabatang

Dalam “Kitab Tjoerai Paparan Adat Limbago Alam Minangkabau” karangan Datuk Sanggoeno Diradjo–1919 halaman 86, 87 dan 88 tertulis sbb:

Fasal 75

Amanat Datuak Parpatiah Nan Sabatang

Adapun tatkala Datuk Perpatih Nan Sebatang akan hampir meninggal, maka berpesanlah beliau kepada segala Penghulu-Penghulu yang berempat-empat dan yang berlima-lima sekoto, serta orang-orang cerdik-pandai dan orang-orang bertuah dalam selaras Budi Chaniago. Setelah berhimpun sekaliannya maka berkatalah ninik Perpatih Nan Sebatang kepada segala Penghulu-Penghulu dan orang-orang cerdik-pandai itu.

Kata beliau:

“Adapun hamba sudah akan hampir mati dan hamba akan pergi ke Solok Selayo, entah kembali entah tidak. Sebab itu hendaklah pegang petaruh hamba oleh segala Penghulu-Penghulu dan orang-orang cerdik pandai semuanya.

1. Hendaklah kasih engkau kepada negeri,
2. Hendaklah kasih engkau kepada isi negeri;
3. Hendaklah kasih engkau kepada orang kaya;
4. Hendaklah Engkau kasih kepada orang bertuah,
5. Hendaklah engkau kasih kepada orang Alim Ulama,
6. Hendaklah engkau kasih kepada orang tukang.
7. Hendaklah engkau kasih kepada segala Penghulu benar,
8. Hendaklah engkau kasih kepada oang yang mempunyai bicara, meski ia kanak-kanak sekalipun, apabila ia mempunyai bicara ikut olehmu, karena ia itulah tangkai negeri dan tangkai alam.

Sekali-kali jangan engkau ubahi sepeninggal hamba supaya selamat apa-apa pekerjaan engkau selama-lamanya”.

Maka menangislah segala Penghulu-Penghulu dan orang cerdik-pandai mendengar petaruh beliau itu … d..s..t....

Pernah dimuat di Harian Singgalang, 1 September 1991
Sama dgn yg ditulis ulang oleh Sikaturi badindo tan alam 100++ tahun sebelum itu

Disalin dari kiriman FB: Irwan Efendi

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...