Langsung ke konten utama

SULTAN PERAK KE-2: MANGKAT GHAIB


SULTAN PERAK KE 2 TELAH "MANGKAT GHAIB" DAN TIDAK BERMAKAM.

Sultan Mansur Syah I adalah Sultan Perak ke 2, baginda memerintah dari tahun 1549 sehingga 1577.
Kisahnya berlaku di hari Jumaat ketika baginda sultan sedang beriktikaf menunggu khutbah Jumaat dan secara tiba-tiba baginda sultan telah ghaib di dalam masjid Kota Lama Kanan, kelibat tuanku sultan sudah tidak kelihatan.
Suasana dalam masjid menjadi gempar dan kelam kabut, puaslah rakyat berdoa meminta petunjuk kepada Allah dan mencari di sekeliling masjid dan sehingga ke setiap pelusuk negeri Perak, tetapi Tuanku Sultan tetap tidak ditemui.
Ada cerita yang mengatakan bahawa para jemaah masjid telah dipukau dan baginda sultan telah diculik lalu dibawa keluar dari masjid dan dilarikan entah ke mana.
Ada juga cerita yang mengatakan bahawa baginda telah "dijemput" dan 'diambil' dan dijaga oleh orang bunian atau jin islam, memandangkan kisah sejarah kesultanan Negeri Perak ini dikaitkan dengan makhluk jin islam dan alam ghaib, ALLAHUALAM.
Pada hari Jumaat di dalam Masjid Kota Lama Kanan, buat kali terakhirnya Baginda Sultan Mansur Syah I kelihatan di depan mata rakyat jelata dan disinilah juga baginda GHAIB selamanya, jasad baginda tidak ditemui lalu diisytiharkan mangkat tapi tidak bermakam, akhirnya baginda digelar " Marhum Masjid Kota Lama Kanan ".
Sebagai memperingati Almarhum Sultan Perak ke 2 yang "Mangkat Ghaib" di dalam Masjid maka dipacaklah sebuah rekaan dari batu yang berbentuk seakan batu nisan di dalam Masjid Kota Lama Kanan, tetapi batu itu bukanlah batu nisan tetapi ia adalah batu ingatan kepada baginda yang tidak bermakam.
Walaupun Sultan Mansur Syah I "Mangkat Ghaib Tidak Bermakam" , tetapi mengikut adat di-Raja turun-temurun kesultanan Perak , setiap bakal Sultan Perak yang akan ditabal mejadi Sultan Perak itu DI MESTIKAN untuk menziarahi batu peringatan Sultan Mansur Syah I yang terletak di dalam Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar , Perak.
Al Fatihah.
Info:Dri Sejarah ke Sultanan Negeri Perak

Disalin dari kiriman FB: Salehudin Senan
Pada 16 Oktober 2020

Baca juga:

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...