Langsung ke konten utama

Baju Zirah Sultan ke-16 Brunei

Gambar: https://www.facebook.com

Set Penuh Baju Perang Orang Melayu (Sultan Husin Kamaluddin) Iaitu Sultan Brunei Ke-16 adalah antara yang terbaik di Dunia.

Orang Melayu memang telah dikenali sebagai pakar kejuruteraan logam antara yang terbaik di dunia sejak tahun 788 sebelum masihi [SM] lagi. Hal ini telah dibuktikan melalui penemuan pusat peleburan besi purba berskala mega di Sungai Batu, Kedah. Selain pusat peleburan besi purba di Sungai Batu, juga ditemui pusat peleburan besi di Jeniang-Kedah tetapi dalam sekala lebih kecil. Malah Sungai Tembeling, Pahang pada abad ke-13 masihi adalah merupakan pusat pengeluaran senjatapi seperti meriam, rentaka dan lain-lain senjatapi.

Selain daripada pakar membuat pelbagai jenis senjata, senjata api, kelengkapan, peralatan dan hiasan dari besi. Orang Melayu pada zaman dahulu juga adalah pakar pembuat sistem perlindungan diri atau armour dari logam. Hal ini dibuktikan melalui set penuh baju perang Sultan Husin Kamaluddin iaitu Sultan Brunei ke-16. 


Sultan Husin Kamaluddin adalah Sultan Brunei yang memerintah selama dua penggal iaitu pertama dari 1710 hingga 1730 masihi dan kedua dari 1737 hingga 1740 masihi. Set baju perang baginda terdiri dari baju zirah rantai besi, baju zirah tembaga, topi logam tahan karat yang dilengkapi topeng, sarung tangan dan lengan yang dibuat dari logam tahan karat. 

Jika dilihat dari set penuh baju perang Sultan Husin Kamaluddin ini adalah mempunyai pengaruh dari Timur Tengah dan Eropah. Malah pembuatan topi, pelindung tangan dan lengan yang menggunakan teknologi logam tahan karat. Kita juga dapat melihat bahawa seni dan mutu pembuatannya yang amat halus, berkualiti tinggi dan berketahanan tinggi. Dapat dibuat kesimpulan bahawa set baju perang yang dimiliki oleh Orang Melayu adalah antara yang terbaik di dunia.

_________________________

Disalin dari kiriman facebook Nur Islam
pada 17 Mei 2020 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...