Langsung ke konten utama

NANING NAGARI NAN TUO

Sumber Gambar: http://pusaka-naning.blogspot.com
Disalin dari kiriman Kembara Tanah Baso

Sejak zaman-berzaman lagi, masyarakat Melayu merupakan sebuah bangsa yang mempunyai sistem kosmologi yang sempurna dalam konteks ekologi mereka sehinggakan bangsa Melayu mampu membentuk peradabannya yang tersendiri. Kisah permulaan raja-raja dan pemerintahan kesultanan Melayu sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur mistik, mitos, lagenda, sejarah serta kesasteraan yang indah. Terdapat pelbagai versi kisah lagenda bangsa Melayu bagaimana terjadinya sesebuah negara atau pemimpin berdasarkan peristiwa-peristiwa tertentu yang dianggap menjadi sebuah perihal penting dalam pensejarahan hikayat Melayu. 


Naning merupakan sebuah kerajaan lama yang berusia hampir 700 tahun dan mempunyai zaman kegemilangannya dipertengahan usia kerajaan ini memerintah (Mohd Rosli 2007:01; Mohd Shah 2000:146; Shahba 1951:05). Kerajaan Naning merupakan sebuah kerajaan yang diperintah seorang pemimpin yang digelar Penghulu Naning atau Datuk Naning yang menyandang gelaran Orang Kaya Seri Raja Merah atau Orang Kaya Seri Maharaja Merah (Mohd Rosli 2007:10; Norhalim 1993:90; Mohd Shah 2000:177; Abdullah Zakaria 1997:12; Zainal 1982:47; Musa 1982:164; Cave 1989:vii).

Pentakbiran dalam lingkungan wilayah Naning menggunakan Adat Perpatih sebagai ikutan dan tatacara kehidupan mereka seharian untuk berurusan dalam hal berkaitan keagamaan, undang-undang, pentakbiran, ekonomi, adat istiadat dan kekeluargaan kerana Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau (Mohd Rosli 2007:01). Justeru, masyarakat Naning mempercayai bahawa Datuk Perpatih Nan Sebatang merupakan Datuk Naning yang pertama dan individu yang bertanggungjawab dalam membuka wilayah Naning (Mohd Shah 2000:146; Shahba 1951:09; Mohammad Idris 1962:23). Baginda juga merupakan individu yang menyebarkan Adat Perpatih ke sembilan buah negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Naning, Rembau, Johol, Jelebu, Sungai Ujong, Jelai, Manchis (Hulu Pahang), Klang, dan Kersang (Segamat) (Mohd Shah 2000:489; Abdul Samad 1968:16).

Gambar sekadar hiasan.

RUJUKAN
Abdullah Zakaria Ghazali (1997), Sejarah Ringkas Naning, Malaysia daripada Segi Sejarah. Jurnal Sejarah Melaka. (2). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara.
Abdul Samad Idris dkk, (1968) Negeri Sembilan dan Sejarahnya. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.
Cave, Jonathan, (1989), History , Naning in Malacca. Edisi Pertama. Petaling Jaya: Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS).
Mohd Shah Mohd Said (Hj), (2000), Tambo Alam Naning. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.
Musa Bulat, (1982) Pentakbiran di Masyarakat Naning: Dahulu dan Sekarang dlm Melaka Dahulu dan Sekarang, Khoo Kay Kim (peny.). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara.
Mohammad Idris dkk, (1962) Asal Usul Adat Perpatih. Edisi Pertama. Kuala Pilah, Negeri Sembilan: Malay Press.
Mohd Rosli Saludin (2009), Teromba: Sebagai Alat Komunikasi dalam Kepimpinan Adat Perpatih. Shah Alam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Shahba (1951), Pusaka Naning. Sentosa Store: Kuala Pilah. (Teks Jawi).
Norhalim Ibrahim (Hj.), (1993) Adat Perpatih: Perbezaan dan Persamaanya dengan Adat Temenggung. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Zainal Kling (1982), Sejarah Adat Perpatih Wilayah Naning di Melaka, Melaka Dahulu dan Sekarang. 42 – 51. Khoo Kay Kim (peny.) Persatuan Muzium Negara: Kuala Lumpur.

_____________________________________

Disalin dari kiriman Kembara Tanah Baso
Pada hari Kamis 26 Rabiul Akhir 1441/ 20 Februari 2020
 
 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Adat Minang tak Bertentangan dengan Syari'at

Ilustrasi Gambar: kumparan Disalin dari kiriman FB Putra Al Minangkabawy Aldiyansyah Batapa Geli nya saya melihat Beberapa Orang yg tak faham adat MINANG ( Adat Datuk Perpatih ) tapi Berkomentar membawa & menyebut adat Minang bersebrangan dengan Syariat,kerana alasan Adat Minang lebih kepada Perempuan. Saya Sebagai Anak Jati Minang sunguh saya tak suka dengan Pikiran dangkal seperti itu. di sini saya perjelas sekalian berbagi ilmu kepada semua orang yang tak faham adat Minang, agar bisa memahami,agar tak sembarangan menghina Adat2 orang yang belum di Fahamkam. 1.Adat minang bersebrangan dengan Islam kerana MATRILINEAL/Lebih kepada Perempuan ?? 2. Harta pusaka lebih ke Perempuan ? Jangan Menghukum adat dengan Agama bila tak faham keduannya. "ADAT MINANG TIDAK ADA YANG BERSEBERANGAN/ BERTOLAK PADA SYARIAT KITABULLAH". Adat Minang inilah yang sangat istimewa , Mengapa ? Kerana hanya di adat Minang kedudukan Perempuan di hormati & diberikan hak-Haknya ,bukan direndahkan. ...

Ketika Sejarah Minang Ditulis oleh orang Jahil

    Tulisan ini ditulis oleh akun anonim yang menggunakan nama sangsekerta ( Pu Hyang) , tidak ada identitas lengkap mengenai sang penulis. Dilihat dari tulisan yang dibuat (dengan asumsi tulisan ini berasal dari buah pemikirannya sendiri) maka terdapat beberapa kemungkinan:  Pertama  Pu Hyang (sang penulis) bukan orang Minang dan dapat dimaklumi dengan perspektif  sentralistis  yang digunakannya dalam tulisan ini.  Kedua   Pu Hyang (sang penulis) ialah orang yang berasal dari ibu Minang namun tidak dibesarkan dengan Adat Minang, tidak mempelajari serta memahami adat Minang, layaknya kebanyakan orang yang mengaku Minang karena beribu Minang. Ia lebih banyak mengandalkan sumber dari para orientalis, arsip Kolonial, dan tulisan dari sarjana yang menulis dari perspektif yang sama sekali berbeda bahkan bertolak belakang dengan Adat Minang, ditambah dengan halusinasi dirinya tentang kebesaran Kerajaan di Minangkabau. Persis dengan salah seorang Penulis...

KISAH KETURUNAN CHE.

Foto: reseachgate  Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan KISAH KETURUNAN CHE. Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka. Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya ...